Selepas Bencana 2012….emas akan diguna pakai sepanuhnya?

hehehe tajuk di atas bukannya nak promosi filem yahudi berkisarkan kiamat 2012 cuma sesuatu yg tercetus dari minda cetek aku selepas aku menonton cerita filem 2012…filem nie khabarnya diharamkan oleh majlis fatwa kebangsaan kalau tak silap aku la dengar-2 cerita dari kawan…sebab sebagai orang melayu yang beragama islam..kita sudah tahu bagaimana kiamat boleh terjadi..separti yang telah di ceritakan oleh ALLAH dalam Al-Quran dan melalui Utusan Rasul dan Nabinya…sepaerti kita tahu akan berlaku 2 jenis kiamat..1)kiamat kecil 2) kiamat besar dimana berlaku peristiwa penting 40 hari sebelum kiamat…aku nie bukan ustaz..mahupun professor pengkaji alam..cuma manusia biasa yg menjalankan rutin hariannya…
bagi aku filem 2012 umpama bencana alam yg disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri..ya kita…dan jika berlaku bencana seperti diatas..tak kiralah tahun berapa..aku yakin..kita akan kembali semula kezaman batu..atau Stone Age…cuma kita dah advance sikit sebab dah mahir teknologi kemahiran ketukangan…yang akan aku tekankan disini adalah dari segi ekonomi..aku rasa pada masa selepas kejadian ini matawang langsung takkan berharga..ia cuma umpama sekeping kertas sahaja…kita manusia akan bermula denga sistem tukaran barang yakni sistem barter…oleh kerana ilmu ekonomi kita juga dah semakin maju..sistem barter kita juga dah tiada masalah..kita dah dapat membuat pertukaran dengan lebih efektif..tiada kegawatan ekonomi tiada inflasi tiada defisit dll..kita akan mulakan dengan ekonomi saradiri…bertani dan bertenak haiwan..itupun kalau masih ada haiwan yg tinggal…segalanya kembali kepada asal tetapi dah maju..sebab kita dah ada ilmu..tak mcm beribu tahun dahulu…
selepas itu era logam akan kembali…dan aku yakin pada masa nie satu logam akan berkuasa..iaitu EMAS dan PERAK…kerana jika benar bumi akan bertukar kutubnya dimana timur akan jadi barat..utara akan jadi selatan..dan pada masa tue lah kiamat akan tiba..seperti yang kita umat islam ketahui..salah satu tanda kiamat besar adalah apabila matahari terbit dari arah barat kerana perubahan akibat bencana ini…sebab aku rujuk sebuah buku yg bertajuk 3 tokoh bakal takluk dunia..karangan ustaz jaafar bin salleh terbitan pustaka azhar ada dinyatakan…
dan bagi pelabr-2 emas terutama yg selalu beli emas dari public gold…ayat nie pastie korang pernah lihat dan baca….
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
ayat-ayat diataslah yg aku rujukkan..jadi pasti..dan aku yakin..emas akan jadi matawang utama ..dan pekara itu pasti berlaku…
ingat tsunami pada 2004..separuh aceh hilang dalam beberapa minit sahaja…akibat dari gempa dasar laut..para saintis kata ianya berlaku akibat lipatan kerak bumi..dan ada saintis mengatakan lipatan itu berlaku disebabkan bumi cuba membaki dirinya …entahlah ..hanya Allah maha mengetahui…tapi akibat dari perbuatan itu bumi telah condong sedikit..sebab tue kita mengalami perubahan cuaca yg drastik..panas yg terik..sejuk yg melampau..paling ketara kalau kita perhatikan sekarang kalau balik kampung sebelah pagi kita dah jarang dengar burung-2 berkicauan…entahlah..tapi yg paling kita terasa adalah masa..masa menjadi terlalu singkat….jadi beringatllah….EMAS akan jadi matawang utama satu hari nanti..jadi..tunggu apa lagi..belilah emas sebagai simpanan..tak payah simpan dalam bentuk duit..simpan emas…yakinlah dengan emas..kerana kalau kita semua umah islam terutama kita di negara MALAYSIA memiliki emas..aku yakin..kita akan jadi negara yg berkuasa…dan bukan lagi Amerika …ini lah jihat yg terbaik….belilah emas..untuk sebarang pertanyaan boleh massange aku….sekian wasalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: