Kenapa saya pilih Emas?

 

Assalammualaikum saya ucapkan kepada para pembaca sekalian…saya ingin berkongsi kepada rakan-rakan sekalian mengenai satu pelaburan yang bagi saya amat menarik..ianya bukan baru..tetapi DAH LAMA DAH!!….di zaman dahulu..orang dah guna emas..zaman sekarang orang masih lagi menguna emas..dan insyaallah sampai akhirat emas tetap digunakan..

sebelum saya bercerita dengan lebih panjang lebar saya cerita serba sedikit tentang apa yang meyakinkan saya dengan emas..

pernahkah tuan-tuan dan puan puan dengar ayat seperti ini:-

“Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan”…ini adalah dari hadis Rasulullah keatas punca kekayaan..jadi nilai 9/10 sangat banyak..mana lagi 1/10?..1/10 terletak kepada kerja hakiki kita yak nie kerja makan gaji..yup saya kerja makan gaji..saya bekerja dengan kerajaan ..tapi tak cukupkah dengan gaji yang diberikan kepada kepada saya oleh kerajaan..bagi saya bagilah berapa sekali pun belum tentu mencukupi..ye lah kata pepatah…besar mana periuk banyaklah keraknya…yup ini pepatah melayu..kenapa?pernahkah anda fikir gaji yang anda terima adalah untuk anda sahaja…bagaimana jika saya berkeluarga?mungkin dengan gaji isteri saya boleh menampung anak 2 orang..tapi itukah sahaja yg kita mahu?kalau boleh nak la anak ramai..kerana ianya kurniaan ilahi..tak teringinkah anak yang ramai..sebab rezeki ibu bapa terletak kepada anak-anak…sebab tue kalau kita tengok rata-rata  keluarga zaman sekarang anak hanya 3 orang sahaja..tak macam dahulu..anak sampai 9 orang ada sampai 13 orang…berbezakah kehidupan dahulu dengan sekarang?yup jauh berbeza….jika kita lihat rancangan bersamamu TV3..rata-rata orang susah dalam rancangan tue anaknya ramai nak disara tapi miskin..betul?jadi kenapa kita yang hidup senang nak anak sikit?jadi kita kena ubah mind set nie…jadi saya kena usaha memaksimumkan pendapatan saya..sebelum ini saya dah usaha bermacam-macam..seperti menyertai MLM..boleh dikatakan gagal…kemudian saya mula buat perniagaan barangan komputer..gagal lagi…jadi mana silapnya..bukankah 9/10 adalah perniagaan?jadi dimana silapnya?disinilah saya muhasabah diri saya..saya study balik dan buat kajian…dan akhirnya saya buat rumusan bukan perniagaan itu salah..tetapi produk/jenis barang yg saya niagakan…saya dapati produk saya adalah yg berisiko kerana produk yang sentiasa ada pesaing dan produk pesaing ini sentiasa dinaik taraf…jadi perniagaan jualan lansung amat berisiko..selain menjual produk perniaga terpaksa juga bergantung kepada komisyen jualan dan komisyen dari downline..jadi ini adalah perniagaan beresiko tinggi…satu lagi cabang perniagaan iaitu menjual barangan komputer..perniagaan ini sangat lumayan tetapi paling berisiko..kerana untuk jual produk ini kena buat market servey..3 negeri yang berisiko tinggi untuk jual produk nie iaitu di Pulau Pinang, KL dan Johor bahru…ini kerana masyarakat disini telah didedahkan dengan teknologi terkini dan kalau hendak jual produk IT di sini kena sentiasa update..ini kerana teknologi IT sentiasa baru setiap 6bln…contohnya Kad Grafik..setahun purata keluaran produk baru adalah sekitar 2kali jadi pesaigan amat tinggi..nak buat perniagaan service komputer pun kena bersaing sebab penguna mampu baiki PC sendiri..jadi perniagaan IT paling berisiko..tapi berbeza kalau saya jadi kontraktor…pembekal…tak jadi masalah…cuma masalah saya terpaksa berhenti dari kerja kerajaan..inilah kelemahan kerja kerajaan berbanding swasta

selama setahun saya berusaha kemudian saya menjumpai satu perniagaan yang bagi saya amat kukuh..iaitu emas…kenapa saya pilih emas..sekali lagi adalah kerana sabda rasulullah..iaitu

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

yup..ini rasulullah yang cakap..bukana saya..saya hanya petik dari hadis baginda…jadi saya yakin…baik..mari kita cerita bab emas pulak…tapi saya lebih fokus kepada simpanan emas..kerana kita ada 2 jenis pendapatan..iaitu aktif dan pasif…aktif adalah pendapatan yang kita janakan dengan berusaha..yakni macam kita berniaga dan kerja makan gaji..pasif pulak adalah seperti pendapatan yang dijanakan dengan sendirinya..seperti harga hartanah dan tentu sekali emas..

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang

4. Aset yang terunggul

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

mari kita tengok harga emas selama nie…mari kita study graft emas dunia….jangan terkejut

INI GRAFT HARGA EMAS TAHUN INI 2009

naik kan….bagaimana dengan graft nie pulak

GRAFT KENAIKAN EMAS DARI TAHUN 2000-2009….SEKALI LAGI..JANGAN TERKEJUT

graft nie bukan aku buat-buat..aku ambil dari laman web nie…korang boleh tengok sendiri http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html

 hmmm aku tak perlu jadi pakar ekonomi kalau nak ulas graft diatas…nampakkan…jadi sebab itulah aku pilih emas.. sapa boleh tunjukkan kat aku graft simpanan yang mcm nie..baik ASB, Public Mutual atau lain-lain…jadi sebab nie lah aku pilih emas… tapi ada orang tanya aku..kan harga emas jatuh sekarang…betul tue…jatuh..tapi jatuh sikit saja..bukan jatuh menjunam terus…tapi bagi aku..jatuhnya harga adalah sebagai satu hikmah…kerana jika harga sentiasa naik macam mana orang nak beli emas..jadi masa harga emas jatuh orang yang berpendapatan rendah/modal sikit boleh beli emas betultak..jadi tak ada hal..kerana orang akan beli dekat aku..jadi sapa untung…aku la..hehehe..ok lepas nie aku cerita tentang emas mana jadi pilihan aku…tungguuuuuuuu!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: