Bagaimana nak mulakan pelaburan emas nie?

Assalammualaikum..kita bertemu lagi…bagaimana dah semak harga emas hari nie?..yup harga emas dah sekitar sekitar 1104.1 oz….senang cakap sekitar RM122.22/g…hmm bayangkan kalau ada emas 20g…= Rm2444.40…tapi saya jual Rm2699….ehhh kenapa mahal Rm254.60?..hehehe nanti saya ceritakan…

baik dalam pelaburan emas ada 2 jenis tujuan….1)simpanan 2)perniagaan…tapi saya ambil kedua-dua..kerana saya asalnya nak simpan emas sahaja..tetapi dah terlibat dalam perniagaan pulak…ehh macam mana pulak…hehehe nanti saya ceritakan

ok pelaburan emas ada dua jenis..satu dalam bentuk fizikal…boleh pegang emas di tanggan…satu lagi dalam bentuk simpanan di bank..maya..hanya nampak no dalam buku simpanan emas sahaja…ok antara kedua-dua pelaburan nie saya pilih dalam bentuk fizikal…kerana dalam bentuk maya nie saya was-was sikit dari segi syariat..boleh rujuk penulisan saya sebelum nie…bertajuk Hukum Akaun Pelaburan Emas Di Bank Malaysia

ok pelaburan emas dalam bentuk fizikal ada 3 jenis…

1. Emas syiling

2. Emas Jongkong

3. Barang Kemas

saya pilih emas syiling dan jongkong…kenapa tidak barang kemas….sebenarnya..emas tak kira bentuk apa pun sama saja…sebab emas tetap emas ..betul tak…cuma saya nak maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian…kerana barang kemas kalau kita beli mahal dari harga emas semasa ini kerana harga barang kemas termasuk dengan harga upah tukang emas…bila kita jual harga murah..termasuk jugak dengan harga susut nilai tinggi lebih kurang 25%-40%..rugi-rugi….sebab tue barang kemas tidak dianggap sebagai emas pelaburan..satu lagi barang kemas sekarang nie bayak sangat batu permata..beli mamang mahal tapi lepas tue tiada nilai..pernah tenggok/jumpa kedai pajak berlian /batu permata?

apa ciri-ciri emas pelaburan adalah:-

1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)

5. Boleh digadaikan.

mana nak cari emas syiling dan emas jongkong?

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas

4. Public Dinar – Dinar emas

5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas

6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

tapi melalui pembacaan saya dan penerangan dari sifu-sifu pelabur emas….tempat paling bagus untuk beli emas adalah emas yang di keluarkan oleh Public Gold…kenapa?yag lain tak bagus ke?nanti saya ceritakan

kenapa tidak pilih institutsi lain?

kita kena faham untuk mengaut keuntungan dari perniagaan emas ada beberapa kaedah…1)kaedah beli bila harga murah..jual pada harga mahal…2)proses tambah emas melalui pajak dan beli emas 3)jadi tokey emas…jual emas kepada orang 4)simpanan sampai harga naik…jadi semua proses kaut keutungan nie akan melibatkan pengunaan emas fizikal tadi..akaun maya simpanan emas jangan harap boleh buat semua nie..hehehe

saya difahamkan…jika beli emas di UOB bank, Maybank dan Public Bank…walaupun emasnya murah tetapi satu kuburukkanya adalah  kalau kita nak jual semula kepada bank-bank emasnya… emas diaorang

Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. sebab diorang takkan terima semula..rugi-rugi sebab bila kita selalu guna emas nie..kadang kala eksiden selalu berlaku spt terjatuh/terguris…biasala…bagaimana pulak dengan dinar kelantan..kedai emas?
buat masa nie saya tak beli dinar kelantan lagi sebab spreetnya tinggi 9% pastu kalau nak pajak kena buka plastik…kalau tak mcm mana nak timbang..jadi kena gie di kedai pajak Ar-Rahn tak semua tempat ada..rujuk penulisan saya tentang Pajak Gadai Islam…Ar-Rahn/Ar-Rahnu Di Sungai Petani Kedah
bagaimana pulak dengan kedai emas?

1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
 

2. Kadang-kadang ada kos workmanship
3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)
 

4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula.rugi-rugi…
 
bagaimana pulak dengan  Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.?
berbanding dengan institusi lain…public gold nie ada beberapa kelebihan berbanding dengan kelemahan

antara kelebihannya:-

1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)

4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)

5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk PublicGold.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.

7. Emas Public Gold boleh digadaikan.

8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergioffice kat Penang.9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.(saya dah jadi agen..hehehehe)
public dinar pulak adalah sebahagian dari public gold jugak..fokus jualan adalah dalam syiling dinar..
antaranya:-

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% – 6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-rahn

4.Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.
 

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI
EMAS PELABURAN.

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor
berikut:
1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.

2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.

3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916

4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.

5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
 
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas yang tercalar di sini:
 

 

 

7 Respons to “Bagaimana nak mulakan pelaburan emas nie?”

  1. sham Says:

    salam,
    saya mempunyai patung naga emas, kandongan emasnya hanya lah 70 to 80% dan baki nya adalah gangsa. Adakah barang ini laku kalau di jual? Minta jasa baik Pihak Tuan/Puan memberi komen.

    • Mohd Hasfarizan Md Hashim Says:

      wsalam..saya rasa saya boleh tolong..kerana jika naga itu emas..semua boleh di jual..cuma kalau nak jual saya rasa rakan saya lebih suka akan emas..tapi kalau saudari nak jual terus..jual saja kepada PUBLIC GOLD..diorang akan test ketulinan emasnya dan akan bayar ikut berat..

  2. sham Says:

    terima kasih atas info yg di beri, tapi saya ada beberapa masalah;
    1. Ada tak Public Gold di Penang?
    2. Saya tidak ada surat belian, adakah mereka atau kawan saudara terima jika saya hendak menjual nya?
    3. Apakah nama alat yg nak menguji ketulinan emas?
    4. Perlukah sesuatu brg perlu di potong utk menguji samada brg itu tulin atau tidak? Atau equipment tersebut boleh mengesah kan brg tersebut emas tanpa di potong?
    5. Berapa lama kah process utk test ketulinan itu di lakukan?

  3. Mohd Hasfarizan Md Hashim Says:

    sama-sama…
    1)public gold memang ada di penang..ibu pejabat pg berada di hadapan kompleks bukit jambul dan di jalan bishop dekat padang kota
    2)jika tiada surat belian..kami tetap terima kerana ianya emas..tapi kami akan gunakan sistem ar-rahnu…tapi bergantung kepada indivitu yg saudara berurusan (saya akan maklumkan kepada saudara jika ada info baru..(saudara nak jual gold bar/coin dari mana sumber)
    3)alat yang di gunakan dinamakan decimeter harga RM6500 boleh didapati di dalam Mudah.com
    4)jika barang kemas..mengikut pengalaman rakan saya..barang kemas yg ada batu ar-rahnu tidak potong..sebab hanya guna mesin decimeter saja celup dan timbang..kerana jika tak silap saya decimeter mesin yg mengunakan frequency getaran..
    5)tak lama..pada waktu itu sahaja..tak sampai 15minit urusan..

    saya harap saya dapat membantu saudara..jika ada apa-2 boleh emailkan di ryz_rizan@yahoo.com dan di facebook serta hubungi saya di 0134353317

  4. Harga Emas Says:

    untuk sesiapa nak jual atau nak beli emas
    layari http://www.hargamemas.com.my/iklan, dan iklankan jongkong emas anda..senang orang lain nak beli, yang penting harga nak jual tu biar kompetitif, kalau harga sekarang rm151/gms jangan la jual rm160/gms, confirm org xnak, kalau rm130/gms dah untung untuk anda, jual la dengan harga itu, baru ramai nak beli..

  5. man Says:

    salam,

    saya nak tanya.. kalau saya nak jual fine gold bunga raya POH KONG 10 gram tapi resit dah tak de… boleh ke? macam mana ye..

    Please advice.. tqvm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: