Macam mana nak buat keuntungan dengan emas?Part 2..maybe finale..hehehe

Assalammualaikum..maaf  kerana buat para pembaca tertunggu…bukannya sengaja..tapi aku nak ringgan kan loading page jadi terpaksa pecahkan kepada 2 series…

ok kita bersambung kembali…dah bacakan pasal emas dan syarikat Public Gold?…jadi sekarang aku nak cerita pasal cara nak buat untung dengan emas…sifu aku ajar ada dua cara..iaitu melalui GIA dan Pajak..ok untuk pengetahuan korang kaedah yang aku guna adalah untuk mengandakan jumlah emas aku..jadi maknanya adalah pelaburan jangka panjang dan sederhana..sebab aku nak kumpul stok emas…dalam kata lain REMPITTTTT emas…hehehehe

ok kaedah nie hanya berjaya jika kita ada emas fizikal….emas GIA a.k.a maya..tak boleh…tapi ada cara lain..nanti aku bagi web korang boleh baca…blog sifu aku jugak…

  1. korang mesti ada emas fizikal..untuk aku gunakan 1 dnar…
  2. modal dalam lebih kurang Rm400 dalam poket
  3. korang tahu lokasi r-rahnu yang berdekatan
  4. sumber bekalan emas baru…Public Gold/agen-agen yang berhampiran…

ok contoh kaedah aku guna adalah jika korang ada emas 1 dinar…kenapa satu dinar?.. sebab mungkin harga murah..jadi mampu oleh orang yg berpendapatan RM1000 kebawah..yup betul..korang ingat niaga emas untuk orang kaya saja ka?semua orang boleh la…

ok katakanlah aku ada 1 Dinar  yang aku beli pada harga RM 574

jadi aku bawa 1 dinar nie ke Ar-Rahnu…aku pajak la….oleh kerana 1 Dinar nie emas 916 (4.25gram beratnya)  jadi nilai pajak 1 gram takkan sama dengan nilai pajak emas 999…. harga pajak emas 916 adalah RM130/g pada masa aku usha kat ar-rahnu..ari tue..jadi jumlah marhum 1 dinar … 130×4.25=RM552.5 (ini jumlah marhumnya)…tetapi r-rahnu hanya bagi 65% sahaja..koperasi kalau jadi ahli 70%…tak kisahlah…kita ambil 65%….jadi jumlah keseluruh ditanggan…RM552.5 x 65%=RM359.13…ini yg kita dapat..jadi untuk bayar ansuran untuk tebus semula 1 dinar tadi adalah 6 bulan..jadi RM359.13/6 = RM59.85 sebulan…tapi ada penambahan oleh ar-rahnu iaitu kena bayar upah simpan setiap bulan selagi tak di tebus….harga upah simpan adalah katakanlah saya pajak di YaPEIM upah simpah RM0.5(rujuk tulisan aku sebelum nie mengenai r-rahnu)….jadi  RM59.85+Rm0.5= RM60.35..sebulan….ok

lepas tue duit yg kita dapat RM 359.13 tadi kita buat la modal untuk beli emas baru 1 dinar..kan kita ada RM400 modal…jadi kita beli la emas baru..ok..pada hari seterusnya saya beli 1dinar sekeping lagi..dengan harga…RM581

ok..jadi harga emas 1 dinar RM581…modal aku ada RM400…..modal aku pajak…RM 359.13..jadi aku hanya perlu tambah….RM581-RM359.13=RM221.87….dari modal RM400 tadi aku jimat RM178.13…nampak dak?..kan untung…ini kalau aku guna modal 1 Dinar…bagaimana kalau aku guna untuk modal beli 20g?hehehegunakan imigenasi korangla..banyak…

lepas tue aku jual la kat sesiapa nak beli…adalah sorang nie nak beli hari tue…dan harga yg aku jual adalah ikut harga semasa..korang tahu berapa harga?

harga pada masa tue RM605….jadi berapa aku untung……RM605-RM581(kenapa aku ambil emas baru..sebab emas lama ada dalam simpanan r-rahnu la belum abis tebus)= RM 24 …untung….tapi korang mesti fikir..alah RM24 ringgit saja ka…yela ini sebab aku guna contoh modal kecil…masa nie aku tak dapat komisyen sebab belum jadi agen..10/12 baru aku jadi…rugi jadi lewat..nyesal pun tak guna…jangan putus asa…ok korang nampak dak..cuba korang lihat tarikh setiap kenaikkan harga…21/11…24/11..dan…02/12…nampak dak kenaikkannya…mari tenggok contoh dibawah…dengan emas 24k 999…..klik untuk besarkan

ok nampak dak….tapi ada jugak orang tanya aku lebihan duit tue nak buat apa..aduhhh beli sekeping lagi satu dinarla..selebihnya belanja la aku minum teh hehehe..ataupun simpan la dalam ASB ke apa ke tabung haji ke…cukup duit beli lagi..ini baru nama bisness…

tapikan ada orang tanya lagi kat aku..kalau orang taknak beli nak jual kat sapa?..senang saja jual kat agen/Public Gold..tapi kami terima harga buying la..bukan selling…sebab tue aku cakap tadi cara nie elok korang buat untuk kumpul emas banyak-2..hehehe rempit..sebab cara nie kita kena cepat..sebab harga berubah…kalau tak ada internate..sms pun boleh…kalau nak tahu harga….

pastu ada jugak orang tanya lagi..mana untung jadi agen…jadi ajen korang akan untung 1.5 dari jualan emas tak kira berapa besar pun..1 emas 1.5….jadi kalau 1 dinar.harga RM574x1.5=RM8.6 sahaja…sikit ke?sikit pun duit la…sebab jual 1 dinar ..cuba jual 50g tenggok…lihat..kalau tak ada pelanggan pun tak apa…kita pun boleh untung..sebab kita nak simpan emas jugak kan…lagipun kalau kita jual emas semula kat public gold agen akan dapat komisyen 0.3…ok jugak kan…jadi macam mana pun untung jugak..amacam?

dan last ada jugak sorang nie tanya aku..dia nie suka sekat orang..takleh tenggok orang senang..hehehehe…biasalah dia sebenarnya beli jugak emas kat aku..dia cuma ingintahu…dia tanya….mat(nama timang aku kat kg)…hang kata harga emas sentiasa naik..tapi kenapa sekarang turun?fuhh kalau aku tak berguru dan tak faham pasal emas..mau jadi soalan killer kat aku..tapi tak..sebenarnya korang kena faham emas nie adalah bahan komuditi yg diniagakan dimana konsep ekonomi masa kita belajar kat sekolah dulu..ekonomi asas..dimana ada permintaan dan penawaran..jadi mestila ada turun dan naik..tapi kalau korang tenggok graft dibawah…

ok aku nie bukan pandai bab ekonomi dan bukan ada kelulusan ekonomi pun..tapi dalam engineering mekanikal dan aku tahu sifat emas nie dalam kejuruteraan..ok kalau harga turun pun takkan turun lebih garisan merah sebab emas adalah komuditi sentiasa ada permintaan dalam industri pembuatan terutama elektronik..jadi kalau ia jatuh dibawah garisan merah..masa nie korang kena beli banyak-2 sebab lepas tue dia akan naik sampai korang boleh terduduk dan menagis kesyukuran…

hikmah harga turun naik bagi aku adalah lebih baik jadi begini senang la orang miskin nak beli emas..kalau ashik naik saja orang kaya akan lagi kaya orang miskin tak ada cara lain nak nak jadi kaya…lagi miskin la…sebab tue ini satu hikmah bagi aku….aku buat kiraan kalau seorang tue buat cara di atas..dalam 9bulan boleh ada 4 keping dinar dan dalam 9bulan boleh tebus 4 keping dinar tadi..kalau mengikut kiraan aku..mcm ramalan la jugak..hehehehe..ini eksperimen aku saja..korang boleh try sendiri..tenggok di bawah

modal untuk tebus semula emas adalam RM300 sahaja…untuk tebus semula semua 4 keping 1 dinar tadi…ini kiraan aku..harga setiap bulan belum tentu sama…tapi aku ambil sama..jadi mudah kira paling tinggi sebulan RM242.4…jadi nak play save kita pegang RM300..ok tak…jadi ingat dalam pelaburan emas..pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang dan sederhana…jadi mestilah kreatif….ok sebarang pertanyaan boleh tanya…ohh kalau korang nak tahu cara lain seperti GIA…korang boleh layaran web mahaguru emas aku…

Keuntungan Lumayan Melalui Jual Beli Emas http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-1/

Tips: Memaksimakan keuntungan pelaburan emas anda http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-gia-anda/

Kombinasi pelaburan ASB dan emas http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/sembang-sembang-pasal-asb-dan-emas/

ok mari kita semua kaya sama-sama supaya boleh bayar zakat….zakat untuk orang islam miskin..kita dapat pahala selain menyucikan harta kita..berkat-berkat….sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: