Kisah hidup Wang Kertas…..sedih cerita nie…(tak sesuai dibaca oleh orang sakit jantung)

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…aku ada satu kisah nak dikongsikan dengan korang…kisah wang kertas…cerita nie sedih gila..lebih sedih lagi dari cerita PAPADOM ataupun mohabatain, bahkan lebih sedih dari Kuch-Kuch Hota Hai…sedih..sedih…

kisahnya macam nie

Dimasa aku sekolah rendah dulu…ayah aku selalu bagi aku RM0.50 sebagai wang belanja aku ketika di sekolah….aku boleh beli nasik lemak ikan bilis/telor dalam harga RM0.30 sahaja..sedap..air minum, free saja pada masa tue..jadi setiap hari aku simpan RM.20…hari-hari aku simpan…bila cukup hari tempoh, pada setiap hari khamis..aku akan makan nasik ayam..nasik ayam yg jual kat seolah aku berharga RM1.00 ..jadi dengan duit poket aku Rm0.50 tambah dengan duit yamg aku simpan boleh la aku makan nasik ayam…itu masa aku sekolah rendah…bila aku sekolah menengah..ayah aku bagi RM1.50 kat aku sebagai duit poket…RM1.00 sahaja untuk makan dan minum…RM0.50 buat tambang bas pergi dan balik…pergi RM0.30 dan balik Rm0.20  maklum la pergi naik bas lain balik pun naik bas lain..sebab kalau nak kerumah aku naik bas mini ada 3 bas dan ketiga-2 bas nie akan lalu kerumah aku…takleh la aku nak simpan…kalau nak simpan, aku tak makan nasik…aku makan kuih (cucur)..bayangkan…makan kuih saja..tapi tak jugak kurus-kurus aku nie..hehehe…kemudian aku masuk IKM pada thn 1999-2000…di IKM dapat elaun….tolak sana sini dapat la Rm60..sebulan…tue pun aku kena minta subsidi lagi kat PAMA bank (korang tahu nie bank apa?….PAPA MAMA Bank la) topup aku lagi RM50…sebab nak belanja mcm-mcm. aku bukannya joli pun..semua untuk hal pelajaran aku..nasib baik aku tak merokok….aku makan di ikm..sarapan free…tengahari free…malam pun free sebab duduk asrama..jadi aku jarang makan bila waktu rehat semasa dikuliah…habis kuat aku kongsi dengan member baik aku si Lan….pada sem 3 aku kena duduk luar..kena la sewa rumah …sewa. RM300 duduk sampai 12 orang..dah mcm sardin..tapi tak apa, lagipun nak tahan lagi 6bln saja..sabar saja..elaun dah naik RM120…tapi tak ada makan free dah, sebab duduk luar…kalau makan kat medan selera pun..order nasik bujang (nasi putih +telur mata+sambal..air ….air kosong saja) boleh la Rm1.80..tapi laratkan makan yg nie saja..nak jugak makan sedap….jdi kalau nasik +tomyam…kena tambah RM3.50..jadi RM4.50 satu hari makan..ish-ish…kemudian aku masuk belajar GMI..tak ada elaun tapi pinjaman..duit poket RM270.00 duduk KL..mana cukup..kena la minta bantuan PAMA lagi..rasa malu pun ada…ini untuk makan saja, kalau gerai biasa Rm6.00….kalau makan gerai awek kelantan depan Muzik Velley …dapat la minum air free…habis belajar..fast-foward…aku kerja di Johor Bahru di IKMJB….fuhh sini lagi hebat…semua menu 4.00 keatas…nasib baik gerai depan rumah aku RM3.50 harga untuk nasik gorang..tapi dah muak….inilah nasib aku,  nak buat mcm mana nak hidup…kemudian aku terfikir…kalau aku susah mcm nie..macam mana orang lain yg lebih susah dari aku..kalau dulu ada nasik lemak RM0.50(nasik lemak limakupang)..sekarang RM1.50..itu pun ciput..kalau aku makan, baru saja turun kat paru-paru tak sampai perut dah cerna…aduh..bile tanya kenapa mahal sangat…orang yg niaga kata barang dah naik harga…bila aku tanya pemborong…pemborong kata pengeluar naikkan harga…bila aku tanya..pekilang..diorang kata kos operasi dah naik harga…pastu aku tanya apa yg naik..semua jawab sama..minyak naik…ini adalah jawapan yg porpular…adakah orang masak nasik dengan minyak petrol?goreng ikan pakai minyak RON95?…tak tapi operasi yg memerlukan minyak sebagai tenaga yg jadi punca…kenapa minyak mahal…sebab minyak dah semakin kurang…permintaan tinggi..pelabur dah panik..pengali-2 dah mula control pengeluaran minyak..biasala simpan stok…bila orang cari..baru keluar..hahah masa tue minyak pun naik harga la….jadi itulah kisahnya duit …barang tetap sama..nasik ayam yg sama…ayam tetap ayam..nasik-tetap nasik..tapi saban hari nak beli kena duit lebih…ini lah kisah duit..tapi kenapa duit boleh jatuh nilainya..?…mari kita kenal duit yakni matawang…moneyyyyyyyyyyyy

Kita di malaysia bila orang cakap duit..terus terbayang duit RM50….betul?mana pikir RM2 dah…kenapa kita pikir macam nie sebab dah ditanam didalam minda kita dari kecik lagi…keluar-keluar saja dah dapat duit orang selit bawah bantal semasa orang ziarah kita dan emak kita…

cantik betul duit baru Rm50 yek…tahu tak apa sebenarnya fungsi-2 wang/duit nie?

wang /duit mesti memiliki ciri ini baru dianggap duit..ada 4 semuanya:-

  1. sebagai unit nilai
  2. media petukaran
  3. sebagai piawaian bayaran tertunda
  4. sebagai penyimpan nilai

kalau duit/wang kertas gagal memenuhi semua di atas..maka wang kertas gagal jadi wang yg baik..

Korang pernah dengar Wang Fiat?bukan kereta jenama fiat…

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

11.   “Sebenarnya  matawang tidak berharga  melainkan  jika Kerajaan  memberi  nilai kepadanya.   Wang  kertas  RM1.00  bukan  bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya.   Ia  bernilai  RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan  oleh  Kerajaan.  Jika Kerajaan mencetak angka lima atau  sepuluh  maka   nilai  kertasnya  tidak  naik  kepada  RM5.00  atau  RM10.00.   Hanya  pengakuan  dan  jaminan  Kerajaan   yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan” 

korang boleh baca dari web nie http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1999/1999-01-18.php

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

ok mari kita tenggok …lihat gambar dibawah

rasa-rasa korang berapa jumlah duit tue?…hehehe..semuanya RM 25,000.00….yup kenapa?tak percaya ka?ok..sebenarnya duit tue untuk aku jadi agen

baik katakankan pada Jan 2009 duit nie aku laburkan ke dalam ASB….berapa yek?…mari kita kira..

RM25000x12=RM300,000.00

=> maka dividen ASB 2009….300000/12×7.3%=Rm1825…betul tak aku kira?aku pun tak tahu..kalau salah tolong betulkan

ok kalau jan aku beli emas..Rm25000…berapa emas aku dapat..tenggok graft

?

ok..katakan pada Jan aku beli emas dengan harga $870 oz..dengan duit RM25000 berapa emas aku dapat?…mari kita kira

kena tukar ounce oz ke gram g…kena /31.1…jadi..870/31.1 = $27.97g

kita tukar kepada ringgit malaysia…..guna laman nie nak buat petukaran http://www.xe.com/ucc/

$27.97 > RM96/g…jadi emas yg aku boleh beli sebanyak Rm25000…lebik kurang 260g..ada extra..tak apa tak kira….

jadi dengan duit 25000 aku beli emas seberat 260g bernilai RM24960..baki Rm40 buat duit minyak..hehehe..

ok katakanlah aku nie agen masa tue..aku dapat komisyen emas 1.5%..jadi nie aku kira aku beli emas seketul berat 260g…RM24960x1.5%=RM374.4..ok la

ok konsep pelaburan emas beli murah dan jual pada harga mahal…jadi kita ambil graft yg tinggi pada $1230/oz

1230/31.1=39.55>kedalam RM…RM135.66/g

ok..kita kali dengan emas yg aku simpan….260gx135.66g=RM35271.60…wow..berapa aku untung?

RM35271.60-RM24960.00  = RM10311.60(banyak wooo)..

amacam…antara melabur dengan ASB dengan melabur dengan EMAS mana untung?

ASB = untung dari dividen 7.3% =Rm1825

EMAS = RM10311.60

tepuk dada tanya selera…hehehhe

jadi buatlah pilihan bijak

tapi kenapa kenapa harga emas boleh naik sampai begini?…ini soalan yang baik sebab-sebabnya adalah:-

  1. Nilai matawang menyusut, Inflasi meningkat
  2. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan pasaran saham
  3. harga emas menurun pada tahun 90an
  4. Penyusutan matawang dolar
  5. kesedaran global mengenai kepentingan emas sebagai aset simpanan

untuk ulasan lebih perici boleh baca dalam e-book pelaburan emas harga RM80…nak call aku..

jadi bertindaklah sekarang…tentu korang tanya kenapa aku teruskan melabur sedangkan aku pernah rugi beribu-ribu…jawapan senang saja tenggok rajah di bawah…ini yg bi peturunkan kepada aku….

hidup kita umpama kotak ini…Allah telah tentukan hidup kita..siapa kita..bagaimana kita nak berjaya..kerjaya kita..dll…..senang cakap kalau dah ditakdirkan aku jadi Pengajar IKM sampai mati…jadi inilah ketentuan keatas aku…takdir namanya…..itu mewakili kotak warna merah….

tapi walaupun semuanya telah ditakdirkan…Allah tak menghalang kita untuk berusaha untuk mengubah takdir kita…jadi usaha la…usaha lebih dapat lebih…usaha sikit dapat la sikit..itu kotak biru….

Jadi kalau aku usaha untuk mengubah hidup aku..walaupun jadi pengajar tapi aku jugak buat pelaburan emas…aku dah menambah baik hidup aku..iru kotak kuning…usaha lebih dapat lebih….jangan putus asa…jika gagal tak kira berapa kali..jangan putus asa…kita hanya manusia dan sentiasa di uji Allah taala….

2 Respons to “Kisah hidup Wang Kertas…..sedih cerita nie…(tak sesuai dibaca oleh orang sakit jantung)”

  1. roslan jaafar Says:

    sedih tul aku bc bro…jgn la sebut ttg ikm tu…segan aku siot…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: