Peluang kedua kepadaku

Assalammualaikum kepada para pembaca semua..selamat datang aku ucapan kepada kamu semua ke blog aku nie…hmmm ini lah firstime aku mengunakan blog sebagai penulisan aku..selebihnya aku banyak mengunakan facebook…ada sebab nya kerana aku nak membawa korang semua yg baca blog aku kesatu pejalanan yang aku lalui…aku bukan nak membuka pekong di dada atau pun riak mahupun menunjuk nunjuk tapi sekarang nak konsi pengalaman sahaja…ok…mari kita mulakan…

Tersebutlah kisah satu cerita kisah akan diriku yang dilahirkan pada era cerita jepun melanda malaysia seperti miss comet..mearo attack..ninja…ultraman…gaban dan satria baja hitam…ya aku dilahirkan sekitar tahun 80an…dilahirkan didalam keluarga yg sederhana di Sungai Petani Kedah..yup aku orang kedah…seperti kanak-kanak lain hidup aku ada ceria..ada duka…ada pahit dan lain2..biasalah zaman kanak-2…
Mula bersekolah di sekolah rendah ibrahim sg petani..sekolah lagi pulak tue…tapi jiran dengan sekolah convent..sekolah perempuan…hehehe paham-pahamla apa aktiviti aku dan kawan-2 aku lepas sekolah…menghadapi UPSR adalah satu cabaran bagiku..hmmm keputusan boleh tahan 3B1C…hmm ok lah pada zaman aku itu dah kira ok..tak mcm sekarang..mak bapak menaruh harapan kepada anak mereka untuk 5A..biasalah..masing-2 ada sebabnya
Kemudian aku bersekolah di Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Petani…antara sekolah paling mencabar di Sungai Petani..dahulu sekolah aku nie hebat dengan sukannya..selepas tue masa aku masuk situ sekolah nie terkenal dengan kehebatan budaknya..kenakalan budak-2nya…disinilah aku mula mengenal budak perempuan..rasa kekok pun ada..mulalah muka tumbuh jerawat..yelah mcm mana tak begitu horman jantan dah membuak-2…disinilah jugak aku kenal rakan-2 liar dan kaki pukul..cuma aku tak kenal rokok sahaja..alhamdulillah aku tak join budak-2 nie…aku lebih kepada lone wolf…sorang-sorang pun boleh servive…kalau nak gaduh aku jauhkan diri sebab aku tak suka konfrantasi..
PMR boleh tahan 1A sahaja..tapi nasib baik zaman aku tue semua orang boleh sambung form 4…aku berpeluang belajar di kelas aliran sains tapi menjurus ke teknikal sikit..sebab ada lukisan kejuruteraan/lukisan teknik..+ada add math…hmmm subjek killer..
aku bertungkus lumus semasa SPM..tusyen sana-sini…tapi apa kan daya aku dah jenis bebal..mungkin aku malas belajar..jadi keputusannya menghampakan..aku mendapat keputusan yg tak mengalakkan SPM pangkat 3 36 Agrigat…hmmm dah dekat S.A.P…(saja ambil periksa)..hehehe..mak bapak aku bising..aku telah menghampakan mereka..mak aku dah malu nak jumpa jiran-2..ini memberi satu tamparan yg hebat kepada aku…nak dijadikan cerita aku mulalah merancang kehidupan aku…mulalah pohon ke ipts..melalui keratan akhbar..belanja hampir RM300 untuk wang pos….kemudian bapak aku tanya kat aku.. “betulka abg nak pie belajar disini?belanja mahal..papa tak mampu nie…kena buat loan bank(ptptn mana ada masa tue)..hmmm hampa aku rasa..baru aku sedar tak semua cerita berakhir dengan kebahagian…
satu hari bapak aku pulang membawa satu envelop yg dan lalu dia panggil aku…aku pun mengadapla …dia kata “abang nak belajar lagi dak?”…aku pun terus jawab”..mestila nak”…pastu bapak aku kata lagi..”nak masuk IKM dak?”..aku pun blurr..binatang apa tue IKM..tak pernah dengar pun…lalu bapak aku cakap..Institut Kemahiran MARA la…ohhh baru aku teringgat ada IKM dekat rumah aku…aku pun bertanya lagi “belajar apa disitu?”bapak aku cakap..situ orang panggil sekolah tukang dulu…ajar kemahiran ada bidang kejuteraan ..senibina..mekanikal elektrikal dll…bapak aku pun tunjuk…aku pun baca..hmmm pengajian sijil rupanya…bapak aku cakap kalau masuk IKM boleh terus kerja..senang dapat keja..kemudian aku teringgat kat pakcik aku yg kerja di kl dan ada firma arkitek..terus aku azam nak kerja dengan dia di KL…aku pun setuju…tapi aku tak dapat ke senibina tetapi ke mekanikal..ya lukisan jugak pelukis pelan jugak..tapi bukan senibina tetapi mekanikal….lukisan teknologi kejuruteraan mekanikal..lokasi di IKM Lumut Perak…aku pun terima masuk disana…
Di IKM Lumut suasana belajarnya lain..1 thn 1/2 disana…baru aku kenal langit tinggi atau rendah…ilmu design rekabentuk mekanikal aku selami…aku nekad utuk lulus dengan jayanya di IKM…aku dah kuasai Lukisan teknik/kejuruteraan yg dulunya aku dapat 9 semasa SPM…hehehe…dan aku telah kuasai perisian AUTOCAD r14 dan 3D MAX..alhamdulillah..pengajar-2 disitu amat hebat..beruntung aku…kemudian aku ditemuduga oleh satu institusi yg terulung di malaysia….GMI..bukan gerakan memansuhkan ISA….tetapi GERMAN MALAYSIAN INSTITUTE…alhamdulillah dari 9 orang aku sorang yg dapat…dan bermulah hidup aku selepas itu
Di GMI aku belajar didalam Pengkhususan acuan alatan tekan atau Tool and Die Tecnology..satu suasana yg berbeza sama sekali….pembelajaran yg menekankan know how dan how to..kemahiran sepenuhnya..sebijik mcm kilang..kerana penekanan kepada pengkhususan dalam bidang yg diceburi..tidak seperti IPT yg lain..rojak….jadi aku bukan sahaja belajar teori tapi praktikal….aku belajar dari asas…hebat betul sistem jerman..patutla diorang maju…hasilnya aku bukan saja boleh design bahkan boleh buat…dalam ertikata lain..dari peringkat merancang..melaksana rekabentuk,pembelian,pembuatan,ujian,analisa,checking,troubleshooting dan sengaraan aku boleh buat..hebat..takyah ambil ijazah..sebab level aku dah setanding ijazah..tapi kena ambil jugak ijazah kalau nak kerja kerajaan..sebab sistem kita sistem british bukan jerman…aku jugak berpeluang diberikan subsidi/diskaun dalam pinjaman aku…oleh kerana aku pelajr IKM aku dapat pinjaman MARA..aku pinjam RM35+++.00 tapi aku hanya bayar RM8K sahaja..alhamdulillah..siapa sangka kan..rezeki Allah nak bagi….
lepas aGMI aku kerja swasta kemudian MARA offer aku kerja sebagai pangajar..atau org boleh kata Juru Tunjuk tapi ada yg kata aku nie pensyarah..tapi aku taklayak untuk title itu…hehehe..dan pinjaman aku langsai kerana aku kerja dengan MARA…hmmm aku mendapat peluang Kedua…siapa sangka budak SPM pangkat 3 dapat jadi pengajar..rezeki ALLAH…jadi jangan marahkan anak korang kalau diorang gagal exam..bagi motivasi..sebab masa depan siapa tahu…
bila dah kerja duit pun banyak..aku mula jadi tamak..jadi tamak untuk menambahkan duit aku..dan disinilah bermulanya zaman kejatuhan aku…dan disinilah bermulanya permulaan langkahku menyimpan emas……

aku sudah jatuh ditimpa perbuatan aku sendiri..semuanya gara-gara sikap tamak aku yg hendak mengandakan pendapatan aku…
semuanya bermula bila satu hari rakan aku datang ke rumah memperkenalkan aku satu produk MLM..UxxxxN…cerita menarik fokus ayatnya dengan menjana pendapatan dengan mencari downline…tapi untuk dapat downline kena bayar tapak..ada 3 tapak kesemuanya..silver, gold dan platinum…setiap tapak harga yg berbeza..aku pun belilah tapak..dengan harapan kawan aku bantu aku..dia kata kalau dia ada org nak join dia akan letak bawah aku..aku percaya kan dia kerana selain dia kawan aku masa aku diGMI aku percaya..kesanggupan datang ke rumah sewa aku dari parit ke manjung perak…dan bukti-bukti pendapatan diorang dalam bentuk check…UxxxxxN adalah syarikat jualan langsung produk kesihatan…aku pun apa lagi joint la…tapi apakan daya indah kahabar dari rupa.ianya tidak seperti yg aku harapkan…jadi akupun lupakan UxxxxxN…kemudian aku pulang ke kg makcik aku perkenalkan produk untuk kuruskan badan..MxxxxA…aku berminat bukan kerana dia mak sedara aku tetapi kerana keazaman aku nak kuruskan badan…jadi aku pun cubala..satu botol RM400…aku cuba sebanyak 2 botol..kemudian aku berhenti..bukan kerana apa…aku tak dapat menahan bau hapak soya…aku akan muntah setiap kali aku makan…jadi aku pun berhenti…sesuatu berlaku kepada aku selepas aku berhenti..aku dapati berat badan aku semakin menaik…aku sudah risau..ada org cakap..ini mungkin kesan sampingan jika berhenti makan ubat kurus…aku mula bersukan..petang dan malam main badminton..makan pun kurang…
semangat untuk menambahkan pendapatan tidak terhenti disini..aku teruskan jugak..kali ini aku tidak sertai bisness MLM tetapi aku sendiri buat jualan..aku buat bisness PC..aku buat service dan jual barangan komputer dan laptop..yup jual laptop memang untung…kalau jual laptop model acer dapat untung RM 400..lain-lain model RM600…kemudian aku jugak buat service PC..biasa bayaran untuk service RM60 itu upah sahaja..tak termasuk barang lain..sebab ada 2 jenis harga..iaitu satu harga barang in dan out…barang in adalah barang yang dibeli dengan aku..jadi murah la sikit..tapi tidak jika barang out…mahal sikit..walaupun aku kata bisness nie untung tapi aku silap sebab modal aku adalah dari credit card…satu masalah paling besar..berhutang dengan kredit card…masa tue mana ada credit card islam..semua convensional…riba bersepah…interes 12% mcm along…diorang cakap free from anual fee…tapi tidak..free jika kita guna setiap bulan..ini taktik bisness la…aku terjerat..aku ada 3 kpg siot…jadi aku buat loan untuk tutup lubang..inilah loan yg merugikan..akubuat 20K sebab aku nak beli laptop yg hight end sikit spect….yup ACER TravelMate 8215WLMi…ini masa aku beli adalah pc yg level professional user only…tujuan aku nak install Software engineering..seperti Inventor yg generate 3D design dll…biasalah aku nie kan Juru Tunjuk…jadi kena lah ada semua nie..dan alhamdulillah laptop nie dah 3thn kat aku masih ok…bagus acer punya brand..dan model nie mudah untuk disengara..boleh buat sendiri nanti aku cerita…
inilah semua yg terpaksa aku lalui….dan peluang kedua tiba kepada aku adalah tentang emas
dimana pada satu hari aku tergerak nak baca laman blog Tun Mahathir…kemudian terlihat satu link ke publik dinar..dari situ aku clik kan link kepada blog jutawan ems…fuhh baca artikal pertama sahaja buat aku tak tido malam…setahun aku study pasal emas..sebab aku konfinden emas adalah jalan yg ada untuk baiki kewangan aku…aku pun mula muhasabah diri..kenal diri..mula buat research pasal emas….then aku dapat jawapan..dan aku yakin dengan pelaburan emas..cuma modal saja tiada…simpanan ciput..asb pun tiada…jadi aku pun teruskan muhasabah diri..cari punca-punca kelemahan aku dan kekuatan aku…betul kata orang jika kita kenal diri kita segalanya akan baik…aku pun setiap malam bc surah yassin…Akhirnya Allah maha kuasa dan memberikan aku ilham…aku dah jumpa masalah pada aku…iaitu aku bukan jenis orang berniaga…aku jenis bekerja…nak berniaga tak boleh sebab aku jenis lembut hati..selalu kesian kat orang..tapi niat aku melabur dalam emas adalah untuk kumpul emas sebanyak mungkin..dan modalnya aku ambil dari pinjaman kepada Publik Bank melaui perbankan islam..kenapa tidak Bank rakyat ataupun bank islam..hmmm nanti aku ceritakan…sebenarnya banyak aku nak cerita dalam blog aku nie kat korang…aku nie banyak mengharungi masalah..tapi Allah maha kaya dan maha kuasa..Allah sentiasa memberi peluang kedua kepada umatnya..janji kita sentiasa ingat kepadanya dan sentiasa pohon agar dimurahkan rezeki….untuk mendapat rezeki dari Allah mudah saja..aku ada rahsia kat korang nak tahu?…hehehe..ok
korang ingat 3 perkataan ini saja
BERUSAHA….>….BERDOA…..>….TAWAKAL..
nanti aku ulaskan lebih lanjut…selepas nie aku cerita kat korang ujian yg aku hadapi untuk menjadi Agen Public Gold….ok sekian

2 Replies to “Peluang kedua kepadaku”

  1. assalamualaikum bro?bagitaulah kat aku macammana nak buat duit ni aku dah semak dah ni kepala pun dah pening. balas balik gua punya mesej bro!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan komen