kami sudah berpindah……..dari rumah free ke rumah berbayar….www.geng916.com

PERUTUSAN KHAS DARI ADMIN GENG916

Assalammualaikum…kepada pembaca….disinilah berakhirnya penulisan aku dalam blog nie…diharap para pembaca sekalian menerima manafaat dari penulisan aku…ingan Sharing is Caring….

tapi jangan risau aku masih menulis lagi…tapi bukan disini tetapi di www.geng916.com kita jumpa disana…

p/s jangan lupa daftar yek..

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Koleksi Graft Harga Emas

assalammualaikum para pembaca sekalian terutama yang berada di Johor Bahru..pertama kali saya hendak memohon maaf kerana saya masih belum dapat menulis lagi mengenai lokasi merempit emas di Johor Bahru…tapi tak apa insyaallah dalam minggu nie saya akan usahakan..untuk pengetahuan para pembaca..saya dalam usaha untuk mendaftarkan domin .com keatas blog saya…jadi tunggu..jangan lupa daftar untuk seminar krisis keewangan dan peranan emas pada 16 jan ini..daftar cepat tarikh tuup 14 haribulan jan ini…

baik kita kali ini saya ingin berkongsi koleksi-koleksi graft yang saya rasa dapat menyakinkan saudara-saudari supaya memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana emas adalah penyimpan kekayaan sebenar.

semua ini tercetus apabila saya menonton rancangan bijak wang di tv3 pada pukul 7.oo petang semalam…rancangan ini amat bagus kepada kita semua yang kurang arif dalam kewangan..yang mencetuskan sebab penulisan saya ini adalah ketika bijak wang mendapat panggilan dari seorang lelaki yg bertanyakan mengenai Unit Trust..dalam soalannya dia bertanyakan kepada panel dan host, kebenaran Unit Trust yang menjana keuntungan sebanyak 37% dalam masa 3 bulan….yup..saudara saudari pasti terkejut kan,dalam 3bulan sahaja …saya rasa panel tue pun terkejut…berniaga apa yg boleh untung dalam masa 3bln itu..lalu dijawabnya..Keuntungan sebarang Unit Trust adalah bergantung kepada perniagaan apakah yang Unit Trust itu ceburi…untuk pengetahuan para pembaca dalam malaysia ini sangat banyak Unit Trust…paling popular adalah ASB..Public Mutual dan AMutual…jadi unit-unit nie mesti melakukan perniagaan…perniagaan apa saya tak tahu..ok..dalam jawapan nya jugak Unit Trust ini jugak terdapat risikonya…yelah berniagakan….ok..pada ketika itu saya pun terfikir..bagaimana dengan emas..jadi saya pun study la…hehehe..mari kita lihat beberapa  graft…kita lihat graft tahun lepas 2009…disini saya sediakan graft keseluruh tahun 2009….graft tiga bulan awal…dan graft 3 bulan akhir….dan  sebagai bonus..kita lihat graft tahun nie 2010 tapi awal januari sebab awal tahu baru nie…hehe…ok sebelum tue kita kena tahu beberapa pekara..matematik 101….bagaimana nak mengira peratus…hehehe dulu SPM saya dapat 7 dalam math..tak pandai pun dulu…tapi sekarang dah pandai..jadi saudara dan saudari akan diajar oleh seorang yg dulunya SPM dapat 7 dalam math dan 9 dalam add math..hehehehe

PENGIRAAN PERATUS %

ketahui istilah:-

  1. UNTUNG:-Harga Jual Lebih TINGGI daripada Harga Beli…….Harga jual – Harga Beli = Untung
  2. RUGI:-Harga Jual Lebih RENDAH daripada Harga Beli…..Harga Beli – Harga Jual

senang cakap kalau korang keluar modal besar..tapi bila jual dapat untung kecil..rugi la tue..talak ountong lol(cina cakap)

Puan Maria telah emas 25g dengan harga RM 3800. Jika dia menjual emas itu dengan harga RM 3910, berapakah keuntungannya ?

=    Harga Jual – Harga Beli
=    RM 3910 – RM 3800
=    RM 110

Maka, jawapannya adalah : RM 110

contoh mudah yg lain

Hashim membeli 12 batang pen dengan harga RM 307.20. Jika dia menjual sebatang pen dengan harga RM 31.20, berapakah keuntungannya jika dia menjual 10 batang pen ?Harga beli lebih tinggi daripada harga jual.
Oleh itu, penjual itu mengalami KERUGIAN.
ok mari kita lihat graft

Bagaimana?

Kerugian   = Harga Beli – Harga Jual
                  = RM 388 – RM 293
                  = RM 95 

ok sekarang kita lihat bagaimana mengira untung rugi setiap bulan..

Jika 1 buku rampaian dijual, keuntungannya ialah RM 0.20. Pada bulan Januari, seorang pekedai menjual sebanyak 132 buah buku rampaian. Pada bulan Februari, dia menjual sebanyak 152 buah buku rampaian. Berapakah beza keuntungannya pada bulan Februari dibandingkan dengan bulan Januari ?

Keuntungan dalam bulan Jan.    = RM 0.20 X 132
                                                    = RM 26.40

Keuntungan dalam bulan Feb.    = RM 0.20 X 152
                                                     = RM 30.40

Perbezaan Keuntungan    = RM 30.40RM 26.40
                                           = RM 4.00 

peratus % keuntungan dan kerugian

Graft tahun 2009

 

BULAN FEBUARI 2009

BULAN MARCH 2009

 

mari kita lihat 3 bulan akhir tahun 2009

BULAN OKTOBER 2009

BULAN NOVEMBER 2009

BULAN DISEMBER 2009

BULAN JANUARI 2010 (LIHAT GARISAN BERWARNA HIJAU)

SUMBER  :-  http://www.kitco.com/charts/historicalgold.html

bagaimana?korang nampakkan trend menaik sahaja selalu…tapi ada orang persoal jugak kat aku…kenapa ada harga turun…heheheh…orang yang tak faham/ tak tahu mengenai faktor-2 yang mempengaruhi kenaikan harga..pasti takkan tahu..jadi bacalah atau belajarlah tentang emas..aku dah tulis dalam blog aku…rajin-rajinlah baca….jangan malas..orang malas selalu rugi….

ok aku cerita sikit konsepnya…dari awal lagi aku cakap…pelaburan  adalah mudah..beli masa harga murah..jual pada harga tinggi…jadi masa graft ini menurun…korang beli la emas banyak-banyak….lepas tue…bila graft dah tinggi…korang jual semula…atau pajak untuk dapat semula duit…pastu masukkan dalam Unit Trust kalau ada..sperti ASB…ini adalah cara pelaburan emas + asb..hehehe…

pastu ada orang tanya aku lagi nak tenggok kat mana..senang saja klik sini http://www.kitco.com/ atau nak mudah dalam web Public Gold http://publicgold.com.my/index.php 

 

ok guna website Public Gold lagi mudah….nampak trend menurun…cepat-cepat order..

tapi macam mana nak order?

mudah saja…call saya..di 0134353317…supaya saya boleh lock harga/kunci harga dengan Public Gold….supaya dapat beli emas…tapi ingat kalau sebelah pagi order saudara saudari kena masukkan dalam akaun sebelum pukul 1.00tengah hari..tapi lepas pukul 3 hehhee nie best esok pagi boleh bayar..hehehhe…jangan risau emas tetap ada…saya akan ambilkan…ok selamat melombong

Dikirim dalam Uncategorized. 4 Komen »

Ilmu Overdraft- ……pada yang tak tahu

sumber dari sifu aku….:-http://www.facebook.com/profile.php?v=wall&id=100000058082691#/note.php?note_id=279219404831&ref=mf

Maklumat mengenai overdraft dan artikel2 yang berkaitan
___________________________________________________________________
1. Over Dratf (OD)
2. OD Settlekan credit loan credit card
4. OD untuk pelaburan hartanah (rumah lelong,emas public gold, sewa, jual/beli)
4. OD untuk jaga persistency (bagi agent2 public gold) – Sebab saya seorang agent. Jadi OD nie boleh bantu saya dalam bisness saya…bila time org nak jual balik emas

Pengenalan…

Saya dah buat/guna pasal OD nie dalam 1 tahun lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tapi bila ada masa free2 tu, saya baca balik thread pasal OD nie, terus ternampak jalan (Allah tunjukkan jalan).

Mungkin ramai orang kat luar sana yang expert pasal OD nie, saya baru je nak buat. Tapi, saya dah pun buat langkah pertama. Sebab pada saya, kalau setakat belajar teori saja, memang boleh, tapi kalau kita buat secara praktikal, kita lebih faham dan akan ingat.

Apa yang saya faham pasal OD?

Saya faham OD nie merupakan satu facilities yang ada ditawarkan oleh bank untuk kita buat pengeluaran lebih dari jumlah duit yang kita ada dalam account. So, lebih kurang loan la. Tapi dari segi interest charges dia berdasarkan BLR and gunakan konsep “daily rest” (caj hari-hari). Kalau kita tak guna duit dalam OD nie, tiada sebarang caj dikenakan. So, kalau kita nak pakai duit urgent, boleh le kuarkan duit OD nie, lepas tu bayar le balik. Tapi, lately nie saya jumpa banyak blog and forum yang bincang pasal OD nie, and saya dapat info banyak yang kita boleh manipulate kemudahan OD ni untuk langsaikan hutang credit card kita, buat insvestment property dan sebagainya.

Mengenai interest OD nie, lebih rendah berbanding dengan credit card (18% p.a). So, kalau kita guna OD utk membeli barang2 yang biasa kita pakai credit card (easy payment) dan sebagainya, kita boleh jimatkan duit kita daripada membayar interest kad kredit yang tinggi kepada bank.
Saya faham benda nie pun lepas masuk banyak forum dan blog2.

Tapi, macam mana nak mula?

p/s: Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

1- Pakai Pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD.

Dari post2 dalam forum yang saya baca, rata-rata semua gunakan pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD ni. Ada jugak yang cagarkan rumah yang dah habih bayar. Tapi, kalau yang muda2 nie, mana ada rumah dah habih bayar. Semua masih under loan lagi.

So, apa yang saya buat adalah, tukar kan ASB (dalam bentuk buku pelaburan ke sijil). So, caranya amat mudah. Bawa buku pelaburan ASB ke PNB, (HQ atau mana2 cawangan). Kalau saya hari tu saya pergi ke cawangan Shah Alam. Tak ramai orang. Sekejap je dah siap.

So, sampai je, lengkapkan borang “Penukaran Bentuk Buku ke Sijil” mcm kat bawah nie

Ok, lepas lengkap, pegi kaunter dan diorang akan tukarkan pelaburan kita dalam bentuk sijil ASB mcm nie

So, lepas tu, bawak sijil nie, bersama dengan photocopy IC, slip gaji sebulan ke bank yang kita nak apply account OD. Mcm saya, saya try tanya kat Maybank (sbb senang nak manage maybank2u dan dah ada current account serta commission masuk account nie) atau RHB ( yang nie proses fee murah sikit).

Ok, minggu lepas 3/11/2008, Maybank call saya, staff bank tu cakap, akaun OD saya dah approved dan ready untuk sign letter offer. So, apa lagi, bergegas le ke Maybank Ampang Park. So, dah settle semuanya, dapat le surat macam kat bawah nie.

So, kemudiannya staff maybank tu suruh saya tunggu dalam masa 2-3 minggu untuk bank readykan amount OD tu dalam current account saya. Tapi, saya check dalam account maybank saya, dalam seminggu selepas saya signed letter offer tu, saya tengok balance dalam account dah bertambah ikut amount OD yang saya apply. So, maknanya, OD dah boleh pakai……
Penggunaan OD
1. OD untuk settlekan credit card.
Ini merupakan tujuan utama saya apply OD, untuk gantikan penggunaan credit card. Sebab siapa yang tak tau interest credit card?…18% per annum. Amik kou…..so, bayangkan kalau dengan OD BLR+0% daily rest monthly compounded. So, sekarang nie BLR 6.75%, berapa banyak jimat interest tu berbanding credit card.
Sebagai contoh, credit card saya ada hutang RM 5,000. So saya keluarkan RM 5,000 dalam account OD saya untuk settlekan hutang credit card. Bila account OD saya dah berkurang, saya kena interest OD (BLR+0% daily rest), tapi oleh kerana saya nie agent insurance (komisen masuk 2 minggu sekali, bila komisen masuk je, saya terus pindahkan ke account OD, so account OD saya pernuh balik. Tak kena interest beb. Lepas tu, kalau saya nak pakai duit untuk bayar bill atau perbelanjaan lain, saya keluarkan duit tu sikit demi sedikit. Then dalam masa 2 minggu lepas tu, masuk commission lagi, saya pindahkan dalam account OD. Jadi, interest yang saya kena bayar teramatlah kurang compare dengan credit card.
Tapi kena ingat, kita dah tak bayar credit card kan?..(sepatutnya kena bayar kalau kita tak guna duit OD)…so, duit untuk bayar credit card tu, masukkan dalam dalam ASB, tambah duit dalam ASB dan kalau dah cukup amount utk convert jadi OD, saya akan convert lagi.
So, itu je dulu sedikit info OD yang saya dah amalkan untuk settlekan credit card.
2. OD untuk pelaburan hartanah
Penat le bersaya awak nie. Now pakai aku-kou je lah. ….:D
- Untuk modal beli rumah lelong
Yang nie, ada banyak perkara kena consider, bukan terus redah. Aku sendiri menuntut dengan geng2 hartanah nie…. . Baru aku faham dan start buat.
Tips : Cari umah lelong yang below market price (and cuba nasib utk bid). Make sure study dulu lokasi dan keadaan rumah serta persekitarannya, adakah ianya sesuai untuk disewakan. Dan berapa rate sewa kat area situ. Kena buat home work sikit. Then, gunakan duit OD nie, utk bid.
Secara konsepnya…kita biasa dapat harga umah lelong below market price, kalau lebih..(rugi and kena menuntut lagi)…then, bila kita nak buat loan, loan ikut market price, of course ada margin loan kat situ. Tapi, sure korang akan terfikir, siapa yang nak bayar loan tu pulak, sebab kita buat loan baru. Sebab tu, aku cakap, perlu survey dulu, bukan main belasah je amik umah lelong, sekali tak sedar, umah kat Bukit Beruntung….masak le korang.
Jadi, bila kawasan yang tenant ramai nak sewa, duit sewa tu cover duit loan. And tenant akan bayarkan loan kita. Lepas tu pulak, ingat tak tadi , kita buat loan ikut market price…so, ada lebihan cash…apa lagi…-> ASB-OD kan lagi (top-up) sampai le ASB dah penuh. Kalau penuh, sumbat pulak kat ASW, utk buat investment rumah ke-2 dan seterusnya….
Ini yang aku buat. So, so far on track la….you all boleh cari info kat internet pasal jutawan hartanah muda2 lagi. Bermula dengan account OD-ASB ni la

3. OD untuk jadi agen emas pelaburan Public Gold

emas kenaikan 37% setahun…so……interest OD= BLR-2%…..so pandai2 la nak guna OD untuk memaksimakan untuk..jadi agen di bawah rangkaian pokli…….jadi agen banyak kelebihan…dapat beli emas murah 1.5%……buy back 5-6%…….capital gain…..spekulasi harga emas……lantik agen dan lain2….nak tahu lebih lanjut roger pokli

nak jadi agen roger aku…Mohd Hasfarizan Bin Md Hashim…0134353317

ingat emas ingat PWM…Pokli Wealth Management

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Pendedahan Eksklusif Rahsia Bisnes Emas Public Gold

sumber:-http://www.pokli.com/2009/12/pendedahan-eksklusif-rahsia-bisnes-emas.html

Salam
Pokli nak kongsi ilmu kenapa orang berlumba2 beli emas dan jadi agen public gold…sebenarnya adalah kita boleh jana pendapatan atas penjimatan yang diberikan…

yela cuba korang bayangkan…jadi agen dapat komisen 1.5% dari harga semasa….katakan harga emas hari bagi 20g = RM2695…korang akan dapat komisen 1.5%=Rm40.40…..bayangkan kalau setiap hari dan mmg betul terjadi orang beli emas 4-5 keping sehari…dah berapa komisen?????? tu baru sehari…camna kalau 10-20 keping sebulan…….kalau nak best lagi…..1-2kg sebulan??? berapa komisen yg agen-agen dapat?

Inilah yang di panggil teknik BUY LOW SELL HIGH…….setiap hari org nak order dapat harga murah…..tapi benda ni adalah tercapai kepada orang yg mmg kaki bisness la…yg nampak peluang cerah nak buat duit…yela..sapa nak bagi wang mudah2 kalau bukan Tokey Emas PG…terima kasih kepada Public Gold Sebab bagi peluang kepada kami peniaga2 kecil dapat laa berbisness……
dan yang paling best……harga emas makin naikkkk…tak kisah pun harga emas naik ke turun…kita dapat duit……sbb tu la kedai emas bisnes diaorang sustain sampai bila2……..itulah rahsia nya……

belum masuk lagi emas yang diaorang beli daripada orang yang trade in….dah dapat harga “BUYING”….murah dah 5-6%………wah wah wah…….tu dah untung atas angin (ehh betul ke ayat ini?)….kira untung perniagaan la…….dan kalau dah kaya kena la bayar zakatttt……2.5% je daripada keuntungan perniagaan…..

Pokli suka kongsi perniagaan franchais Public Gold ini sbb :

1) Sistem yang bagus & berjaya…..boleh cek harga 24jam…..via website….via sms….call….pembahagian komisen yg telus…. http://www.publicgold.com.my/ & http://www.publicdinar.com/

2) Beli emas dapat emas…bukan beli emas dapat surat…dapat kontrak….tu yg the beauty part of Perniagaan EMAS PELABURAN…….(komisen lagi tuh…)

3) Perlu ada orang yang berjaya……pokli sendiri mendapat didikan admin jutawanemas.com…..en syukor menjadi mentor pokli sehingga berjaya sampai sekarang….terima kasih sifu….sifu syukor ini telah mendapat pendapatan RM20k sebulan hasil perniagaan emas public gold nih…..(psssttt: beliau pun nak resign dari makan gaji sbb nak jadi tokey emas sepenuh MASA)

4)Ilmu dan maklumat yang lengkap….mmg utk berjaya kita perlu ada kemahiran…ilmu….maklumat yang mencukupi….nak ilmu boleh download di tepi kanan blog pokli ini…ada slide presentation/bonus emas..free of charge…….dah ada ilmu baru la bergerakkkk majuuuu…………

kalau anda ada modal yang banyak boleh jadi MASTER dealer……dapat komisen 2.0%……..tengok bawah rangkaian pokli ada ramai dah jadi master dealer……lagi best dapat komisen 2% dan overiding 0.5%…
dapat komisen atas jualan anak2 buah 0.5%….ini di kira mcm PASIF Income……duduk diam2 dapat duit….itu la pasif income yang sebenarnya………En syukor pasir income dah banyakkkk gilerrrr…..yela…semua agen2 bawah dia ada berapa RATUS oranggggggg!!!!!!!!!!!!!!!! alhamdulillah…

apa lagi?? anda nak tahu??? boleh call pokli……pokli boleh ajar A-Z pasal pelaburan emas dan bisness emas…….janji anda ada duit dan sanggup nak terjun ke dalam dunia PERNIAGAAN emas…kalau anda rajin download la slide-slide presentation pokli wealth management………dan tgk la cara2 dan komisen pokli di http://www.emaspokli.blogspot.com/

ILMU adalah untuk di kongsi dan di manafaatkan…..kadang2 kita tak ada duit pun boleh buat duit…..pokli nak bagi duit kepada sapa2 yang rekemen orang jadi agen bawah pokli.com………..mcm Pemaju Perumahan buat……BUYER GET BUYER Program….tapi pokli nak bagi Agent Get Agent program…..pokli nak hadiahkan RM50 kepada sesiapa yg takde duit tapi nak HADIAH daripada PWM…..

Sharing is CARING….

Dikirim dalam Uncategorized. 13 Komen »

Berita TV9 melaporkan orang ramai berpusu-pusu membeli barang kemas untuk pelaburan

sumber :- http://www.jutawanduniaemas.com/2009/12/berita-tv9-melaporkan-orang-ramai.html

Salam,

Sekadar berkongsi pandangan.

Satu perkara telah menarik perhatian saya semasa menonton berita jam 8 mlm di TV9. Salah satu kandungan berita tersebut telah melaporkan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke sebuah kedai emas yang menawarkan diskaun sehingga 70% ke atas emas yang dijual di premis mereka. Walaupun kita sedia maklum, harga emas pada masa kini agak tinggi, tetapi kita dapat lihat orang tetap membelinya. Oleh yang demikian tiada istilah mahal dalam membeli barang kemas ataupun emas pelaburan.

Laporan ini juga telah mendapatkan pandangan orang ramai tentang emas. Ada yang mengatakan yang mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan. Antaranya menyatakan jika memerlukan wang mereka boleh menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Dan ada juga yang menyatakan mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan, iaitu bila harga naik, emas tersebut boleh dijual semula. Di sini kita dapat lihat kesedaran orang ramai tentang pelaburan emas telah bertambah baik. Namun demikian jenis emas yang mereka pilih untuk pelaburan emas ini adalah kurang tepat kerana mereka memilih barang kemas sebagai emas yang hendak dijadikan pelaburan. Walahal pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli emas pelaburan dalam bentuk jongkong/wafer emas 999 ataupun syiling emas atau dinar emas 916. Di mana harganya adalah lebih rendah berbanding barang kemas di kedai emas, dan jualan semula hanya ditolak 5% – 6% berbanding kedai emas yang menolak harga jualan sehingga 15% – 25% dan adakalanya sehingga 40%. Ini sudah tentu amat merugikan.

Di sini saya boleh katakan bahawa, walaupun kesedaran tentang emas nie telah meluas di kalangan orang kita, namun kesedaran dan pengetahuan untuk memilih emas yang hendak dibeli masih kurang. Ini jelas apabila ramai orang masih kurang pengetahuan tentang emas pelaburan yang sebenar yang mampu memberi keuntungan yang lebih baik berbanding barang kemas.

Oleh yang demikian sudah menjadi tanggungjawab kita (pelabur dan peniaga emas pelaburan) sebagai orang yang lebih berpengetahuan dalam emas untuk memberikan penjelasan dan penerangan bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada orang ramai. Dengan demikian, orang ramai akan lebih berpengetahuan dalam menentukan alternatif-alternatif emas yang terbaik yang mereka boleh gunakan sebagai pelaburan yang lebih baik dan lebih menguntungkan.

Wassalam.

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Komen »

Ruang-Peluang-Habuan

Sumber dari :-http://emasdulukiniselamanya.wordpress.com/

Salam 1 emas dan 1 malaysia untuk rakan – rakan seperjuangan emas sekalian dan pembaca blog ini .Rasanya tidak terlambat untuk admin blog mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2010 kepada semua, semoga sinar hidup kita pada tahun ini secerah kilauan emas yang kita miliki dan yang akan kita miliki pada hari ini. Disini saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan semua mengenai Ruang-Peluang & Habuan.

Ruang
Setiap daripada kita hari ini tidak dapat dinafikan telah diberi ruang iaitu nikmat oleh Allah s.w.t di mana apa yang kita miliki , baik harta, wang, ringgit, rumah, pangkat,kedudukan, kekayaan dan seumpanya dalam dunia ini bagi menampung kehidupan seharian. Tidak kiralah miskin atau kaya, mewah ataupun sederhana, setiap daripada kita Allah telah menetapkan rezeki masing- masing. Kita diberi ruang untuk menceburi apa – apa bidang dalam pekerjaan yang kita minati dan kita boleh memliki apa sahaja yang kita ingini. Terpulanglah apa cara sekali pun untuk mendapatkan rezeki yang halal asalkan tidak melanggar syariat Islam. Allah tidak melarang kita bekerja keras untuk dunia tetapi dalam masa yang sama kena bekerja keras untuk akhirat. Tetapi malangnya ramai di kalangan kita sanggup bermati-matian untuk dunia tetapi mengabaikan kehidupan di akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

Peluang
Dalam masa yang sama ketika ruang yang diberikan, Allah telah banyak memberi kita semua peluang untuk membuat amal bakti pada diri sendiri. Tidak kiralah peluang itu dalam bentuk duniawi dan ukhrawi, samada untuk menambah amal kebajikan, menambah pendapatan dan seumpanya. Peluang diberikan pada semua manusia dan terpulanglah pada kita semua untuk mengambilnya atau pun tidak. Jika kita berilmu secara automatiknya kita akan berfikir secara waras bahawa peluang hanya datang sekali, peluang hanya datang sekali dalam hidup ini dan jika sekiranya ada peluang kali kedua kepada kita datang sekali lagi, ingatlah nescaya peluang itu tidak sama dengan peluang yang pertama kali hadir itu. Sedangkan peluang hidup di dunia adalah sekali sahaja dan tiada peluang kali ke 2 selepas kematian.

Habuan
Kita sebagai umat islam pasti tahu, telah tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu bahawasanya setiap amal baik yang kita kerjakan di dunia ini akan diganjari di Akhirat kelak, baik sebesar-sebesarnya atau sekecil zarrah sekali pun. Begitulah sebaliknya. Setiap orang mengambil peluang dari ruang yang disediakan oleh ALLAH pasti akan mendapat habuan sama ada didunia dan di akhirat kelak…InsyaALLAH.

Oleh itu tuan-tuan/puan-puan yang saya hormati, saya yang jahil ini berpesan pada diri saya sendiri sama-sama kita miliki emas & milikilah emas. Ambilah peluang keemasan ini dalam ruang terhad yang diberi Oleh-Nya. Nescaya Dia Yang Maha Pemberi Rezeki akan mengurniakan habuan sejajar dengan peluang yang diambil oleh kita ini.

*Ketika blog ini ditulis harga 1 dinar Public Dinar RM 556.00, cuba anda bandingkan harga ketika anda baca blog ini.Klik Public Dinar

P/S Emas DiMartabatkan Pelaburan Diutamakan

HANA GOLD TRADE CENTER -trust,reliable,efficient……syarikat pengeluar emas pelaburan Bumiputra

asslammualaikum para pembaca sekalian…apa khabar dah beli emas ke belum?belum lagi?korang tunggu apa..nak tunggu arang lain kaya baru korang nak beli?nak tunggu harga emas naik sampau $2000/ounce baru nak beli…masa tue dah mahal babe….jangan la pulak masa tue baru korang merayu-2 minta diskaun….sapa nak bagi..aku ke?kirim salam la..tapi bayar ansuran boleh ..hehehhee

ok hari nie aku nak ceritakan mengenai info yang aku dapat dari kawan aku…korang semua para pembaca dah tahu yang aku nie seorang agen penjual emas pelaburan dibawah syarikat Public Gold…siapa yg baca blog aku mesti dah tahu apa itu public Gold kan….jadi tak payah aku sembang lama-2

sekarang aku nak sembang pasal satu lagi syarikat yang menjual emas pelaburan selain Public Gold dan permodalan melayu kelantan..

nama syarikat tue HANA GOLD TRADE CENTER

 http://www.hgtc.com.my/

lokasi syarikat nie terletak di menara kuala lumpur KLCC…ini alamatnya

 Level 40, Tower 2 Petronas Twin Towers
   Kuala Lumpur City Centre
   50088 Kuala Lumpur
   Malaysia
 
   Tel : +60321684447
   Fax : +60321684201
   Email : customerservice@hgtc.com.my

 

aku nak cerita panjang-panjang pun aku tak berapa paham tapi intro syarikatnya macam nie

Hana Gold Trade Centre Sdn Bhd (851085-H) beroperasi di pusat bandar Kuala Lumpur. Kepakaran HGTC adalah pakar perunding dalam membantu pelabur meluaskan sebahagian daripada pelaburan ke dalam bentuk aset tegar seperti emas melalui pembelian “bulion emas(bullion coins), jongkong (bars) atau barang berkenaan dengan emas(numismatic items)”. HGTC membeli dan menjual semua jenis barang berkenaan pada harga yang konsisten berbanding saingan HGTC.

HGTC menawarkan harga kompetitif kerana HGTC mampu mengawal kos overhed yang rendah dan kemampuan HGTC mengembangkan perniagaan melalui pesanan berulang daripada pelanggan.

Kejayaan HGTC berteras di atas konsep yang mudah: Melayani keperluan pelanggan dalam situasi yang mesra, cepat dan berbudi bahasa di samping menawarkan harga yang adil dan telus. Sehubungan itu, laman web HGTC telah dirancang untuk memudahkan kefahaman pelanggan dalam logam bernilai dan pasarannya. HGTC akan membantu tanpa mengira waktu untuk pelanggan yang baru menceburkan diri.

HGTC tidak menyokong taktik jualan tekanan tinggi dan sebagainya tetapi mencari peluang mengembangkan perniagaan pelanggan dengan informasi tepat dan terkini. Sama ada objektif objektif pelaburan pelanggan adalah keuntungan, pengekalan modal ataupun kedua-duanya, HGTC akan membantu pelanggan memilih bentuk pelaburan logam bernilai yang sesuai dengan keperluan.

Objektif syarikat

  1. Menjadi sebuah syarikat yang bertauliah di dalam sektor perdagangan emas di dalam dan di luar Negara
  2. Menjadi tempat pengumpulan maklumat dan ilmu di dalam sektor ini
  3. Membantu mengukuhkan ekonomi Negara dari segi penyimpanan wang ringgit kepada eset emas
  4. Menjadi penasihat/perunding kepada mereka yang ingin menceburi bidang pemilikan emas

Produknya pulak

gold bar…dulu sekarang barang kemas..nanti aku ceritakan

rujukan harga emas pun disediakan di dalam laman web

MAKLUMAT KORPORAT

Tarikh diperbadankan: 25 Mac 2009

Aktiviti Utama:
Aktiviti utama syarikat adalah penubuhan, peruntukan emas, penyelidkan dan pembangunan, teknologi emas, perniagaan berkenaan emas dibawah penyeliaan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Teknologi Sains dan Inovatif (MOSTI) dan Kementerian Kerjasama Pembangunan Usahawan (MECD)

Nama Berdaftar: HANA GOLD TRADE CENTRE SDN. BHD.
No Pendaftaran Syarikat: 851085 – H
Setiausaha Syarikat: Epsilon Edvisory Services Sdn. Bhd. (627159-V)  (MAICSA 7009732)
Alamat Perniagaan: Level 16, Menara Hap Seng , Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur , Malaysia. Tel : 603 92367348 / 603 92367349
Fax : 603 92367333
Bank Utama: CIMB Bank Berhad

 

ok..aku sempat menghubungi syarikat ini dan bersembang dengan pegawai disitu..

hasil dari perbualan aku dengan awek situ..syarikat nie asalnya menjual jongkong emas..aku tak sempat tanya dari mana diorang dapatkan emas…tapi kalau korang tenggok gambar produk emas diorang ada tetera TCS Jewellery sdn bhd…jadi semestinya syarikat hana nie tiada kilang sendiri dan jamin stok susah

awek tue cakap..syarikat tak buat emas jongkong sebab bank rakyat tidak terima emas jongkong…walaupun aku memberi cadangan supaya diteruskan jugak emas jongkong tetap syarikat nie seperti ada share dengan bank rakyat..sebab apa-apa pelaburan menjurus kepada Bank rakyat..walaupun aku dah cerita ada kedai pajak lain..tapi rujukan diorang tetap bank rakyat

aku cuba cari butiran pasal TCS Jewellery tapi yg aku jumpa kedai pajak antarabangsa adala…pasal fedmas..aku jumpa…Fedmas Assayer…syarikat yg check ketulinan emas..diorang pun ada… http://www.fedmas.com.my/

ok..sekarang mari kita buat perbandingan antara HGTC dengan PG

dari segi harga emas..

dari segi update harga..menang public gold sebab harga diupdate selalu…HGTC belum update

harga emas HGTC 50g….1g=158.97 x 50 =RM7948.5…..mahalllllllllllll

Harga emas PG 50g =6828…jadi 1g =6828/50 = RM 136.56

beza harga /g=157.97 – 136.56 = RM21.41…gila rugi…mesti ada harga tukang nie…

bagaimana pulak dengan produk?

 kalau korang tenggok pun dah tahu..cantik lagi produk dari public gold..

Rumusan…

jadi aku dapat katakan syarikat nie walaupun milik bumiputra tetapi beroperasi tak ubah seperti kedai barang kemas…jadi bagi kita yang nak menceburi pelaburan emas nie..bagi aku tak sesuailah nak guna emas nie..ohhh hampir terlupa…oleh kerana syarikat nie tidak buat gold bar..tapi kalau nak diorang boleh buat tapi syaratkena beli barang kemas dari syarikat diorang dan setakat nie..diorang hanya jual gold bar seberat 1g….leceh-leceh…aku bukan taknak sokong milikan bumiputra…tetapi korang paham-paham la…kita melabur nak maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian…kalau ashik nak tolong bumi sedangkan bumi taknak tolong balik apa cerita..minta maaf aku cakapkan aku lebih selesa menjadi pelabur emas Public Gold…tapi jgn lupa emas-tetap emas…syarikat mana pun ok..tapi jangan rugi…sekian

Dikirim dalam Uncategorized. 3 Komen »
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.