Hadiah Tahun Baru 2010 seronok ke tidak?

Assalammualaikum kepada para pembaca sekalian…hari nie aku taknak cakap pasal emas…tapi pasal hadiah tahun baru 2010..apa yg kita dapat
1)harga gula naik
2) subsidi roti putih di tarik balik
3)kerajaan kelantan kena bayar saman RM800juta
4)GST?…
4 pekara diatas adalah hadiah awal tahun 2010…jadi siapa kah yang akan bising lepas nie?biasalah kerajaan vs pembakang la..parti politik yg akan bising banyak pas dan umno..pas bangkang..umno pertahan..siapa menang akan jadi wira atupun penjahat..tak kisahlah…aku bukan nak kempen politik..sebab tak kira siapa pun yg jadi mangsa rakyat malaysia yang miskin…tapi ada satu isu yang paling hangat yg tidak diperjuangkan oleh UMNO (yang memperjuangan perlembagaan malaysia) mahupun PAS (yang memperjuangan islam yang sebenar) isu nama ALLAH..
yup..pagi nie aku buka paper utusan yang kononnya paper kerajaan..cerita tajuk “Gereja dibenar guna kalimah Allah”…manakala Harakah online pulak tajuk hangatnya “RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN “…hmmm dimana keutamaan nya?ini hadiah tahun baru kepada rakyat malaysia khususnya yang beragama islam.. lihat snapshot bawah..klik untuk besarkan

lepas nie…hadiah apa lagi? ramalan aku…
1)harga minyak naik
2)tarif elektrik dan air
3)cukai akan naik
4)kiraan hasil pun akan naik
5)emas mesti naik..(ada jugak)

mana aku dapat konspirasi nie?senang saja..kerajaan Malaysia dah terlalu banyak menyuntik bantuan kewangan kepada syarikat-2 yg mengalami masalah kewangan..ingat..wang negara kita tidak di sandarkan oleh emas…Wang Fiat lah katakan…fikirkanlah…

Kalau terjadi seperti gambar diatas bagaimana?ataupun seperti di bawah..nak beli 3 biji telur saja?berapa angka kosong?

Pagi nie member satu tempat kerja aku merunggut mengenai pendaftaran anak-anak nya….

daftar saja kena bayar RM200 seorang di sekolah biasa di daerah Johor bahru nie…tempat lain aku tak tahu..RM80 yg wajib..selebihnya hal buku…belum masuk baju dan kelengkapan yang lain….manakala anak nya sorang lagi nak daftar di MRSM RM600….hmmm 2 orang dah RM800…kalau anak ramai?patutla sekarang nie purata anak sekeluarga ada 3 orang sahaja..kalau semua sekolah RM600…kalau semua masuk MRSM RM1800…mana nak cekau duit..gaji Ayahnyer..RM2000 sebulan?bagaimana dengan komitmen yg lain..dahla bonus tak ada (tg kerja kerajaan la..saguhati RM500..cukup ke)..hmmm renungkanlah….

P/S…simpan la emas sebagai simpanan anda…(kata taknak cakap pasal emas..ada jugak..hehehehe)

Tinggalkan komen