HANA GOLD TRADE CENTER -trust,reliable,efficient……syarikat pengeluar emas pelaburan Bumiputra

asslammualaikum para pembaca sekalian…apa khabar dah beli emas ke belum?belum lagi?korang tunggu apa..nak tunggu arang lain kaya baru korang nak beli?nak tunggu harga emas naik sampau $2000/ounce baru nak beli…masa tue dah mahal babe….jangan la pulak masa tue baru korang merayu-2 minta diskaun….sapa nak bagi..aku ke?kirim salam la..tapi bayar ansuran boleh ..hehehhee

ok hari nie aku nak ceritakan mengenai info yang aku dapat dari kawan aku…korang semua para pembaca dah tahu yang aku nie seorang agen penjual emas pelaburan dibawah syarikat Public Gold…siapa yg baca blog aku mesti dah tahu apa itu public Gold kan….jadi tak payah aku sembang lama-2

sekarang aku nak sembang pasal satu lagi syarikat yang menjual emas pelaburan selain Public Gold dan permodalan melayu kelantan..

nama syarikat tue HANA GOLD TRADE CENTER

 http://www.hgtc.com.my/

lokasi syarikat nie terletak di menara kuala lumpur KLCC…ini alamatnya

 Level 40, Tower 2 Petronas Twin Towers
   Kuala Lumpur City Centre
   50088 Kuala Lumpur
   Malaysia
 
   Tel : +60321684447
   Fax : +60321684201
   Email : customerservice@hgtc.com.my

 

aku nak cerita panjang-panjang pun aku tak berapa paham tapi intro syarikatnya macam nie

Hana Gold Trade Centre Sdn Bhd (851085-H) beroperasi di pusat bandar Kuala Lumpur. Kepakaran HGTC adalah pakar perunding dalam membantu pelabur meluaskan sebahagian daripada pelaburan ke dalam bentuk aset tegar seperti emas melalui pembelian “bulion emas(bullion coins), jongkong (bars) atau barang berkenaan dengan emas(numismatic items)”. HGTC membeli dan menjual semua jenis barang berkenaan pada harga yang konsisten berbanding saingan HGTC.

HGTC menawarkan harga kompetitif kerana HGTC mampu mengawal kos overhed yang rendah dan kemampuan HGTC mengembangkan perniagaan melalui pesanan berulang daripada pelanggan.

Kejayaan HGTC berteras di atas konsep yang mudah: Melayani keperluan pelanggan dalam situasi yang mesra, cepat dan berbudi bahasa di samping menawarkan harga yang adil dan telus. Sehubungan itu, laman web HGTC telah dirancang untuk memudahkan kefahaman pelanggan dalam logam bernilai dan pasarannya. HGTC akan membantu tanpa mengira waktu untuk pelanggan yang baru menceburkan diri.

HGTC tidak menyokong taktik jualan tekanan tinggi dan sebagainya tetapi mencari peluang mengembangkan perniagaan pelanggan dengan informasi tepat dan terkini. Sama ada objektif objektif pelaburan pelanggan adalah keuntungan, pengekalan modal ataupun kedua-duanya, HGTC akan membantu pelanggan memilih bentuk pelaburan logam bernilai yang sesuai dengan keperluan.

Objektif syarikat

  1. Menjadi sebuah syarikat yang bertauliah di dalam sektor perdagangan emas di dalam dan di luar Negara
  2. Menjadi tempat pengumpulan maklumat dan ilmu di dalam sektor ini
  3. Membantu mengukuhkan ekonomi Negara dari segi penyimpanan wang ringgit kepada eset emas
  4. Menjadi penasihat/perunding kepada mereka yang ingin menceburi bidang pemilikan emas

Produknya pulak

gold bar…dulu sekarang barang kemas..nanti aku ceritakan

rujukan harga emas pun disediakan di dalam laman web

MAKLUMAT KORPORAT

Tarikh diperbadankan: 25 Mac 2009

Aktiviti Utama:
Aktiviti utama syarikat adalah penubuhan, peruntukan emas, penyelidkan dan pembangunan, teknologi emas, perniagaan berkenaan emas dibawah penyeliaan Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Kementerian Teknologi Sains dan Inovatif (MOSTI) dan Kementerian Kerjasama Pembangunan Usahawan (MECD)

Nama Berdaftar: HANA GOLD TRADE CENTRE SDN. BHD.
No Pendaftaran Syarikat: 851085 – H
Setiausaha Syarikat: Epsilon Edvisory Services Sdn. Bhd. (627159-V)  (MAICSA 7009732)
Alamat Perniagaan: Level 16, Menara Hap Seng , Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur , Malaysia. Tel : 603 92367348 / 603 92367349
Fax : 603 92367333
Bank Utama: CIMB Bank Berhad

 

ok..aku sempat menghubungi syarikat ini dan bersembang dengan pegawai disitu..

hasil dari perbualan aku dengan awek situ..syarikat nie asalnya menjual jongkong emas..aku tak sempat tanya dari mana diorang dapatkan emas…tapi kalau korang tenggok gambar produk emas diorang ada tetera TCS Jewellery sdn bhd…jadi semestinya syarikat hana nie tiada kilang sendiri dan jamin stok susah

awek tue cakap..syarikat tak buat emas jongkong sebab bank rakyat tidak terima emas jongkong…walaupun aku memberi cadangan supaya diteruskan jugak emas jongkong tetap syarikat nie seperti ada share dengan bank rakyat..sebab apa-apa pelaburan menjurus kepada Bank rakyat..walaupun aku dah cerita ada kedai pajak lain..tapi rujukan diorang tetap bank rakyat

aku cuba cari butiran pasal TCS Jewellery tapi yg aku jumpa kedai pajak antarabangsa adala…pasal fedmas..aku jumpa…Fedmas Assayer…syarikat yg check ketulinan emas..diorang pun ada… http://www.fedmas.com.my/

ok..sekarang mari kita buat perbandingan antara HGTC dengan PG

dari segi harga emas..

dari segi update harga..menang public gold sebab harga diupdate selalu…HGTC belum update

harga emas HGTC 50g….1g=158.97 x 50 =RM7948.5…..mahalllllllllllll

Harga emas PG 50g =6828…jadi 1g =6828/50 = RM 136.56

beza harga /g=157.97 – 136.56 = RM21.41…gila rugi…mesti ada harga tukang nie…

bagaimana pulak dengan produk?

 kalau korang tenggok pun dah tahu..cantik lagi produk dari public gold..

Rumusan…

jadi aku dapat katakan syarikat nie walaupun milik bumiputra tetapi beroperasi tak ubah seperti kedai barang kemas…jadi bagi kita yang nak menceburi pelaburan emas nie..bagi aku tak sesuailah nak guna emas nie..ohhh hampir terlupa…oleh kerana syarikat nie tidak buat gold bar..tapi kalau nak diorang boleh buat tapi syaratkena beli barang kemas dari syarikat diorang dan setakat nie..diorang hanya jual gold bar seberat 1g….leceh-leceh…aku bukan taknak sokong milikan bumiputra…tetapi korang paham-paham la…kita melabur nak maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian…kalau ashik nak tolong bumi sedangkan bumi taknak tolong balik apa cerita..minta maaf aku cakapkan aku lebih selesa menjadi pelabur emas Public Gold…tapi jgn lupa emas-tetap emas…syarikat mana pun ok..tapi jangan rugi…sekian

3 Replies to “HANA GOLD TRADE CENTER -trust,reliable,efficient……syarikat pengeluar emas pelaburan Bumiputra”

Tinggalkan komen