RIBA…dulu tak tahu… sekarang dah tahu..tapi masih amalkan jugak

Assalammualaikum kepada para pembaca…apa khabar…seronok sambut tahun baru?..marilah kita muhasabah diri kita diatas apa yang berlaku kepada kita…hari nie di pertemukan dengan seorang lelaki melalui FaceBook dan menyatakan yang aku buat niaga dengan riba..ini adalah satu tamparan hebat kepada aku..kerana niat aku baik dalam pelaburan emas…tapi betulkah aku mengamalkan riba?tapi dimana?

semuanya bermula bila aku mengeluarkan artikal mengenai kemudahan easy payment yg dipengkenalkan untuk membeli emas..baik ..oleh itu aku nak tulis sikit pasal riba…untuk makluman..aku nie bukan ustaz..tapi aku merujuk beberapa bahan bacaan dan pendapat dari individu…jika masih tidak puas hati sila rujuk guru agama masing-2…jika aku salah dalam menulis artikal ini sila tegur aku..aku tak nak menegakkan benang yang basah…

ok kita mulakan dengan mengenal dan memahami apa itu riba?

RIBA’

  • Maksud :

§         Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang

  • Hukum : haram dan berdosa besar
  • Jenis-jenis riba’ :

§       riba’ al-fadhal :

pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran barang yang sama sepertinya

§       riba’ an-nasiah :

pertambahan yang diperolehi kerana menangguhkan tempoh bayaran

  • Hikmah pengharaman riba’ :

§       membenteras kezaliman dan penindasan sesama manusia

§       mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat

§       menggalakkan semangat tolong-menolong sesama manusia

sumber buku nota Tingkatan 4

AKIDAH

2. DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH S.W.T

Jenis-Jenis Riba

Allah swt berfirman,

“Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba” (al-Baqarah (2) : 275)

Dan dalam Islam, riba terbahagi kepada 2 bahagian.

1. Riba dalam berhutang. Iaitu Riba Jahiliyyah atau dikenali juga sebagai Riba al-Nasiah

2. Riba dalam perniagaan. Iaitu Riba al-Fadhl.

Perbincangan riba jahiliyyah mencakupi skop perbincangan “Wa harromu riba” – dan mengharamkan riba.

Manakala perbincangan riba al-fadhl mencakupi skop perbincangan, ” Wa ahallah al-bay’ ” – Dan Allah telah menghalalkan perniagaan.

Dan post ini akan membincangkan dahulu riba’ yang lebih nyata dan jelas bentuknya, iaitu riba Jahiliyyah.

Apa itu Riba Jahiliyyah / al-Nasi’ah

al-Nasiah bermaksud penangguhan.

Riba al-Nasiah ini bermaksud bayaran tambahan (premium) yang dikenakan ke atas hutang yang diberikan dalam satu tempoh masa yang tertentu.

Maksudnya, Labu memberikan RM 5,000 kepada Labi dan dalam tempoh 3 tahun, Labi perlu membayar hutangnya kembali dengan bayaran lebih.

Bersandarkan hadis Nabi saw dari Ubadah b Samit,

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” (Muslim)

Dalam hadis ini ada disebut 6 barangan ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam.

Hadis ini menyebut perlunya pertukaran 6 barangan ini apabila berlaku pertukaran sesama jenis:

a. Mesti sama jumlahnya, dan

b. Dilakukan secara tunai (spot)

Emas dan perak mewakili matawang berasaskan komoditi (commodity money)

Manakala gandum, barli, kurma dan garam (walaupun dalam sejarah matawang ia pernah digunakan sebagai commodity money) lebih banyak dibincangkan oleh ulama dahulu dan semasa sebagai makanan ruji.

sumber:-http://www.malaysiafx.org/forum/17-santapan-rohani/6342-apa-itu-riba-dan-jenis2-riba

ini pulak email dari sifu aku mengenai soalan aku kepadanya

assalammualaikum en syukor..saya nak tanya sikit esok en syukor akan berada di seminar di JB..saya akan berada di sana..jadi saya minta tolong jika boleh boleh tak esok en syukor jawabkan soalan-2 yg akan saya tanya..
1)PG telah sediakan kaedah easy payment..jadi sepengetahuan en syukor..bayaran ansuran nie riba ke tidak?

Reply: Bayaran easy payment nie takder riba. Harga yang dibayar ialah harga yang kita lock. Takder sebarang penambahan. Riba = penambahan. Selain itu kita bayar full payment sblm dapat barang.

2)boleh terangkan tak kenapa akhir tahun emas sentiasa turun?
Reply: Tak jugak, bukan setiap tahun harga emas turun setiap akhir tahun
Refer sini http://www.kitco.com/scripts/hist_charts/yearly_graphs.plx

3)bagaimana emas boleh susut nilai?
Reply: Susutnilai juga dipanggil spread. Macam forex. Tujuannya ialah supaya penjual emas dapat untung daripada perbezaan harga belian dan jualan. Cth susutnilai kijang = 6%, public gold = 5% – 6%

terima kasih..kalau tak dapat dijawab esok..emailkan kepada saya pun ok..sebab soalan ini bayak ditanya kepada saya…terima kasih

ok mari kita faham proses-proses easy payment

kaedahnya…bila hendak lakukan easy paymen

1)kita kena lock harga emas ..ini kerana harga emas sentiasa berubah kejap turun..kejap naik dan kejap tak turun terus naik…

2)selepas kita lock..public gold akan keluarkan surat persetujuan urusniaga dah didalam surat itu dinyatakan harga perbelian emas..dah pecahan bayaran..mengikut 4 bulan..jadi jika jumlah emas yang kita lock pada waktu itu adalah bernilai RM2000…ianya akan dibahagikan dengan 4bulan…jadi..RM2000/4 = 500…jadi harga bayaran setiap bulan RM500 sahaja…tiada penambahan..jika ada penambahan setiap bulan…ianya adalah riba..jadi urus niaga nie HARAM!!!

3) syarat tiada riba satu lagi adalah bila urusniaga ini dijalankan…emas itu memang wujud…ini kerana Public Gold selain menjual emas pelaburan syarikat ini juga memiliki kilang emasnya sendiri di penang…jadi memang ada sumber emas

emas akan kita perolehi apabila selesai bayaran…ingat…setiap bulan bayar 25%…25% ini bukan interest…tetapi adalah kiraan matematik…100% / 4 = 25% (paham ke kiraan matematik nie)

jadi tiada riba dalam easy payment…saya harap anda faham dengan penjelasan saya ini….

tapi korang tahu dak kalau korang beli barang elektrik di kedai elektri walaupun kedai tue cakap 0% interest sebenarnya ada riba?melalui bayaran kad kredit..yup walaupun kad kredit dari bank islam pun ada interest…cuba korang tenggok bill kad kredit korang….kalau tak dinyatakan ..satu lagi nak tahu ada riba atau tidak…kalau korang beli peti sejuk harganya RM800…pastikan bila korang bayar setiap bulan bila ticampurkan kembali mendapat nilai yang sama…kalau korang kira lebih…maka itu ada riba…tak caya?tak caya sudah…

untuk lebih keyakinan korang dan aku..aku dah send email kepada ustaz zainuddin..bertanyakan tentang hal ini..tunggu update dari aku…

jika ada apa-apa masalah boleh call aku…0134353317..email di ryz_rizan@yahoo.com dan di facebook

Tinggalkan komen