Emas menjana pahala pasif?…kaya di dunia…jutawan di akhirat…

assalammualaikum wahai para pembaca sekalian..sudahkah anda membeli emas untuk dijadikan sebahagian portfolio pelaburan yakni sebagai simpanan di masa hadapan…kalau orang tanya aku bila masa nak beli emas?…belilah bila ada duit mencukupi..tapi jika tak puas hati jugak dengan jawapan aku tue…senang cakap sekarang adalah sesuai beli emas…tapi bukan emas simpanan maya yg di canangkan oleh maybank dan public bank…tetapi emas fizikal…tak kiralah emas dari pengeluar mana..bank ke…kedai emas ke..syarikat aku ke Public Gold…tak kisah yang penting ianya emas…cuma buatlah pilihan yang bijak kerana alang-alang nak melabur..kenalah melabur dengan betul..mesti ada ilmu…paling lekeh pun ilmu pasal emas…kenali emas…kenapa pilih emas..semuanya dah aku kupaskan di artikal aku sebelum nie..jadi rajin-rajinlah baca…kerana membaca itu tiang ilmu….dan bila kita ada ilmu kita ada kuasa…jadi banyakkanlah ilmu…banyak sumber-sumber rujukkan.

tapi kenapa aku kata jangan melabur dalam ekaun simpanan emas?..begini..yang aku dapat rumuskan..simpanan emas di bank dalam bentuk akaun adalah haram..yup aku memang tak layak menghukum..tapi kalau korang nak tahu..aku boleh bagi satu laman web..korang baca…nak percaya atau tidak terpulanglah..iman masing-masing…(aku akan updatekan nanti)

aku jugak dikecam hebat oleh sesetengah orang mengenai kempen aku mengenai pelaburan emas..dimana di katakan aku nie menutup rezeki orang…aku kurang faham dengan dakwaan ini..bukan aku saja rakan-rakan aku pun sama…Adakah dengan menerangkan pekara yang sebenar salah?adakah aku menghalang korang untuk menyertai MLM, Amanah saham, skim forex dll?tidak..duit korang punya..tiada paksaan…aku cuma cerita dari pengalaman aku mengenai MLM dan biz lain-2 yang aku gagal lakukan baik berpunca dari kelemahan aku ataupun aku ditipu diambil kesempatan keatas sikap kebodohan aku yang lampau..aku cuma cerita saja..nak berkongsi..selebihnya korang la buat keputusan…

betul kata para ulamak kalau kita berdakwah/ bercerita benda yang benar..akan ada halangan dan sekatan…ini biasa dalam dunia ini…selagi ada hasad dengki dalam diri…

oklah lupakan aku anggap ianya satu cabaran dalam hidup aku…kali nie aku nak cerita pasal kehebatan emas sebagai pahala pasif…ehhh macam mana pulak boleh keluar fatwa nie?..bukan fatwa..ini fahaman aku sahaja..kalau salah tolong tegur aku…

ok sebelum tue apa itu pasif?..senang saja pasif adalam lawan aktif….tapi apa kena mengena dengan pahala?ok…aku nak tanya korang apa itu pahala Aktif?

pahala aktif adalah pahala yang kita dapat melalui perbuatan kita seharian setiap waktu melalui ibadat…

contoh ibadat:-

  1. solat
  2. berpuasa sunat
  3. baca quran
  4. melawan nafsu jahat
  5. bekerja
  6. menjaga diri
  7. dll…apa saja perbuatan yg baik demi Allah taala

ini adalah akaun pahala kita yg aktif…tidurpun aktif pahala jugak…kalau kita fikir dari segi pendapatan aktif and pasir pulak…pendapatan aktif kerja makan gaji dan perniagaan manakala pendapatan pasif pulak lebih kepada pelaburan yb akan bernilai tampa perlu kita buat apa-2..seperti simpanan emas dan hartanah/perumahan…tidur pun harga naik…

tapi bagai mana pulak dengan maksud aku Pahala Pasif..pahala pasif adalah pahala yang masih lagi berjalan dan kita terima baik masa hidup mahupun setelah mati…ini adalah pahala pasif…tapi apa kena mengena dengan emas?…ok korang tentu pernah dengar/terbaca ayat nie…

“…..Apabila seseorang berpindah ke alam baqa, bermakna terputuslah segala hubungan dan amalannya di dunia ini melainkan sedekah jariah, ilmu bermanfaat, anak soleh dan juga doa daripada kaum kerabatnya di dunia ini…..”

“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)

tapi melalui emas dimana pahala pasifnya?..pahala itu terletak didalam bayaran zakat…yup zakat….

tahukah saudara..kekayaan sebenar seseorang bukan terletak kepada hartanya/Wang simpanan/Emas dll….tidak sama sekali…kekayaan seseorang dinilai oleh zakat yang dikenakan kepadanya…..korang tk caya yek…cuba korang tenggok contoh emas(oleh kerana aku nak kempen emas..jadi semua contoh aku pasal emas la…)

aku nak cerita sikit perihal zakat emas..ini kerana setiap kali aku cerita pasal emas…pasti akan ada orang akan kata…kena bayar zakat nanti….hehehe kenapa seorang lelaki islam akan berkata begitu?sepatutunya gembira pa sebab boleh bayar zakat…ok mari kita lihat apa itu zakat sebenarnya…

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka – mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.

Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Menurut siri ceramah agama Islam yang dikomentarkan oleh bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: “Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya”. Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.

Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):

(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya.

Manakala dari surah An-Nisaa’, ayat ke-95, (4:95):

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:

  1. Fakir – Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin – Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil – Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf – Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab – Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin – Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah – Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil – Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

Faedah Zakat

Faedah diniyah (Agama)

  1. Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
  2. Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang memuat beberapa macam ketaatan.
  3. Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda, sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala, yang bermaksud: “Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah” (QS: Al Baqarah: 276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq ‘alaih Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
  4. Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah disabdakan Rasulullah s.a.w.

Faedah Khuluqiyah (Akhlak)

  1. Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
  2. Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup keperluan.
  3. Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
  4. Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.

 

Faedah Ijtimaiyyah (Sosial Kemasyarakatan)

  1. Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
  2. Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
  3. Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaaat. Jika harta yang demikian melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan skasih kasih antara si kaya dan si miskin.
  4. Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan melimpah.
  5. Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil manfaat.
  6. Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat (sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.

Hikmah Zakat

Hikmah dari zakat antara lain:

  1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  6. Untuk pengembangan upaya umat
  7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

ok bagaimana kiraan zakat emas…

ZAKAT EMAS DAN PERAK

Maksud emas dan perak ialah yang berbentuk barang kemas untuk perhiasan atau kegunaan perhiasan lain seperti patung, piala atau sebagainya yang dipamerkan.

Nisab Emas & Perak
Emas = 20 misqal / 25 mayam 2.7108 saga / 85 gram.
Perak = 200 dirham / 176 mayam 6.9732 saga / 595 gram.

Pengiraan

Emas dan Perak yang disimpan / tidak dipakai
Iaitu yang disimpan dan tidak dipakai walaupun sekali dalam setahun. Sekiranya cukup nisbah 85gram (emas) atau 595 gram (perak) maka wajib dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh pengiraan
Jika emas yang tidak dipakai bernilai RM5,000.00 (pada nilai semasa) zakat yang wajib dikeluarkan ialah : RM5,000.00 X 2.5% = RM 125.00Emas yang dipakai samada sekali-sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan) maka diwajibkan zakat atas lebihan daripada uruf tersebut.

Emas yang dipakai

Kadar pemakaian yang dibenarkan di negeri Johor ialah 850 gram bagi emas

Bagi perak tiada had maksima ditetapkan

Rujukan:-

http://www.maij.gov.my/utama.htm

Baik mari kita ambil contoh aku simpan emas….kita ambil contoh dari artikal aku yg aku untung RM10k jika emas bernilai RM24K hari tue di kenakan zakat…kerana jumlah emas aku adalah:-

emas yang dalam simpanan aku 260gram…jadi zakat yang dikenakan kepada aku 2.5% kerana telah melebihi 85 gram

Nilai semasa emas aku..260g=RM35271.60

jadi jumlah bayaran zakat…..RM35271.60 x 2.5% = RM881.79…hmmm keuntungan emas aku…RM10311.60….takkan RM881.79 takleh bayar kot? gila apa !!! kedekut betul aku nie….

nampak dak…bukannya banyak sangat pun…dari untung RM10311.60…tolak bayaran zakat….ada lagi RM9429.82….tak luak pun…ada lagi RM9k…boleh beli gold bar  dan gold coin lagi…ishhh kedekut betul….

dengan zakat nie lah digunakan untuk menjana pahala pasif kita…kaya di dunia…jutawan diakhirat…jadi renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah

Tinggalkan komen